Khutbah Jumaat Anwar
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan khutbah di Masjid Abu Bakr Assiddiq, Adelaide, Australia pada hari Jumaat, 18 Oktober 2013.
Beliau menyampaikan khutbah bertajuk ‘Kebangkitan Dunia Islam, Peranan Minoriti Muslim Dalam Masyarakat Barat’.
Anwar hadir atas undangan The Islamic Society of South Australia (ISSA).
Masjid Abu Bakr Assiddiq yang terletak di 52-54 Wandana Avenue Gilles Plain antara pusat komuniti Muslim paling aktif di ibu negeri selatan Australia itu.
Laman web The Islamic Society of South Australia (ISSA) boleh dilayari melalui pautan ini.
Anwar Ibrahim: Tokoh Politik, Pemimpin Gerakan Islam, Pemangkin Reformasi
Anwar menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Abu Bakar Assidiq, Adelaide di Australia
ADELAIDE (AUSTRALIA) 19 OKT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan oleh Persatuan Islam Australia Selatan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Abu Bakar Assidiq, Adelaide di Australia semalam.
Masjid itu yang terletak di 52-54 Wandana Avenue Gilles Plain antara pusat komuniti Muslim paling aktif di ibu negeri selatan Australia itu.
Ini merupakan pengiktirafan yang jarang diberikan oleh pegawai masjid kepada pemimpin luar negara.
Khutbah dengan tajuk Kebangkitan Dunia Islam, Peranan Minoriti Muslim dalam masyarakat Barat disampaikan Anwar dalam Bahasa Inggeris.
Dalam lawatannya, Anwar dijemput menjadi panel pada forum di Festival Idea, Perbezaan Pendapat dan Demokrasi yang berlangsung di Dewan Universiti Adelaide hari ini.
Dewan Universiti dipenuhi hadirin.
Usaha Kerajaan Malaysia menghalang mahasiswa Malaysia menyertai program dihadiri Anwar itu gagal apabila penuntut dan rakyat Malaysia serta masyarakat tempatan beramai-ramai beratur panjang untuk mendengar ucapannya.
Orang ramai berasak-asak bersalaman dengan Anwar
Malah, sekumpulan pelajar Malaysia mengadakan bantahan terhadap arahan Kerajaan Persekutuan Malaysia yang melarang mereka menghadiri program tersebut.
Mengikut agensi berita Australian Broadcasting Corporation (ABC), hampir sedozen pelajar berhimpun sambil memakai topeng dan memegang sepanduk tanda bantahan larangan itu.
Anwar bertemu penuntut Malaysia yang mengadakan bantahan terhadap larangan Kerajaan Malaysia.
Kerajaan Rakyat 15 Oktober lalu mendedahkan amaran pegawai penasihat pelajar di Jabatan Penuntut Malaysia, Sharezan Md Sheriff yang diemel kepada mahasiswa Malaysia di Australia khasnya pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar ‘menjauhkan diri’ dari menghadiri sesi awam bersama Anwar.
Selepas forum, Anwar dijadual akan menghadiri program sembang santai, # Meet Anwar di Watson Avenue, Rose Park, South Australia atas anjuran Kelab Anwar Ibrahim (AIC) dengan kerjasama Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) Adelaide.
Posted by Admin /Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment