Jadi mengapa guna wang rakyat?
Jadi mengapa guna wang rakyat? Najib umun peruntukan ratusan juta pakai wang bapa dia ka? Dana UMNO ka? atau wang rakyat ka? Yang berlainan parti? Yang tak beparti ni dapat apa? Sampah? Sebab itu UMNO ini parti najis, hanya najis dan kekotoran yang sanggup melekat bersama dengannya.
Nampak tak? Atau ini juga ketentuan Allah?
Fb Saya Benci Harga Barang Naik!
Pinjaman TEKUN Memang Hanya Untuk Ahli UMNO - CEO.
naufalrospriandana.blogdetik.com
Di twitter suatu masa dulu aku pernah bagitau Noh Omar pinjaman TEKUN neh sebenarnya untuk ahli UMNO je. Buktinya ada orang kena register jadi ahli umno semasa nak apply TEKUN. Noh Omar bidas aku. Biasalah, masa tue dia menteri. So ego mesti mao ada.
Sekarang kalau la Noh Omar berkesempatan baca benda neh cuba ingat balik apa yang ko lancang bercakap di twitter dulu. Terima kasih ye. Kalau ko ingat balik. Kalau tak ingat pun terima kasih juga. Masa membuktikan aku betul. Itu je yang aku nak sampaikan serba ringkas kepada Noh Omar.
Bab lain.
Tadi di TMI aku nampak satu berita neh. Ia tak mengejutkan beb. Aku dah lama tahu dan sedar benda neh. Bahkan aku sendiri pernah duduk bersebelahan dengan seorang pegawai TEKUN dalam satu majlis kenduri kahwin. Kemain lagi dia pongpang2 pasal TEKUN tue UMNO punya. Blabblablabla.. nak dapat pinjaman mesti wajib undi UMNO. Blablablabla.. ahh aku tak ingat detail la.. citer tahun lepas beb. Awal tahun. Tak ingat aku satu persatu. Pokoknya apa yang aku nak sampaikan ialah ;
UMNO beranggapan TEKUN UMNO PUNYA.
Itu je point penting.
Ini dia yang kata ;
1. TEKUN di asaskan oleh parti UMNO.
2. Tujuan nak bantu ahli2 UMNO.
3. Main focus ahli2 UMNO namun tak menolak untuk menerima permohonan dari mereka2 yang bukan ahli UMNO asalkan bumiputera.
4. Dapat dana tambahan dari kerajaan.
5. Tak mensasarkan keuntungan.
Untuk rekod yang baca berita neh kebanyakkannya jenis yang p sekolah tahu. Yang belajar masuk kolej, universiti apa seme bagai. Just incase kalau2 CEO anggap kita seme bodoh bangang, aku harap berhentilah berfikir demikian ye.
Aku takde masalah jika TEKUN itu diasaskan oleh UMNO untuk ahli UMNO. Lantak korang la. Korang berhak buat apa2 idea oke.
Tapi aku rasa, kalau ia untuk ahli UMNO = parti, apa jadah nya ko BABITKAN DUIT DANA AWAM? Ko ingat seme yang bayar cukai apa bagai tue penyokong2 BN ke beb? Nampak sangat ini salahguna kuasa. Mana boleh duit dana awam diperuntukkan kepada satu2 ahli parti itu meskipun atas dasar nak membantu. Sepatutnya telus. Bantuan untuk semua regardless party ataupun idelogi politik asalkan dia layak mengikuti syarat2 yang telah ditetapkan. That's.
BTW, sapa cakap TEKUN tak mementingkan keuntungan? Ko kenakan riba dan ko sembang kencang bab tiada keuntungan? RIBA atas nama charge perkhidmatan. Memang lawak dowh. Caj perkhidmatan ko mahal sangat. Pinjam 5K bukan dapat 5k pun. Kena potong apa tah. AKu tak ingat. Dulu pernah la borak2 dengan peminjam2 TEKUN neh. Ini yang dorang bagitau aku.
Ko pinjam 5K. Tapi takan dapat 5K. Tapi ko kena bayar seolah2 macam ko pinjam 5K. Kalau calculate bayaran keseluruhan adalah lebih dari 5K. So ini bukan namanya mementingkan keuntungan ke beb? Memang masak ah. Bukan saja tak malu beranggapan bahawa dana awam tue macam duit umno bahkan tak malu juga mengatakan TEKUN tak sasarkan keuntungan. Tatau la sapa terpedaya dengan citer dongeng macam neh. Syukur Alhamdullilah, aku tak termasuk dalam golongan2 yang terpedaya itu.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/10/pinjaman-tekun-memang-hanya-untuk-ahli.html#ixzz2gxuF00dJ
Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan.
Ini kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu. Bagaimana pun beliau menafikan Tekun menolak seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno.
"Pembangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada ahlinya, kami punyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti.
"Namun tidak bermakna kita langsung mengendahkan permohonan lain asalkan mereka kaum Bumiputera kami terima tapi kepentingan sudah tentu kepada ahli Umno," katanya dalam sidang media bagi Program Kerjasama Strategi Tekun Nasional & Sohonista di Kuala Lumpur hari ini.
Kata Rahim, Tekun ditubuhkan semasa Konvesyen Umno Pulau Pinang pada tahun 1994.
"Kerana itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu menekankan perkembangan dan beliau sendiri berkata Tekun merupakan anak kandung Umno," katanya.
Dana tambahan RM700 juta merupakan antara salah satu dalam Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh Najib baru-baru ini.
Tekun akan menerima dana tersebut bermula tahun depan dan ia akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.
"Kita tidak dapat sekaligus ia secara berperingkat tapi memang setiap tahun kita menerima RM300 juta dan RM300 juta merupakan bayaran balik daripada peminjam yang kita terima.
"Tambahan dana itu adalah kerana seruan perdana menteri yang mahukan kita meningkatkan pinjaman sehingga ke RM100,000, jadi inilah wadah perjuangan Tekun iaitu membantu kaum Bumiputera tanpa mementingkan keuntungan," katanya lagi.
Beliau berkata Tekun juga mengalakkan permohonan pinjaman dari usahawan muda dikalangan siswazah yang baru menamatkan pelajaran.
"Golongan muda antara yang perlu diberi perhatian, terutama perkembangan trend sekarang ramai usahawan terdiri daripada lepasan siswazah dilihat lebih suka menjalankan perniagaan sendiri.
"Kerana itu kita beri ruang kepada mereka untuk berniaga dengan program seperti Sohonista ini supaya mereka kemudiannya tidak menentang kerajaan akibat kegagalan kerajaan yang tidak mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada semua lepasan mahasiswa dan inilah peranan Tekun," katanya. – 7 Oktober, 2013./TMI
30 peratus peminjam TEKUN tak bayar hutang
2010/06/28 - 06:04:53 AM Cetak Emel Kawan
KELUARGA MISKIN DI KG TELOK WANG SUNGAI PETANI
PEKAN: Kira-kira 30 peratus daripada 170,000 peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga atau Tekun Nasional (TEKUN) di seluruh negara masih gagal membayar semula pinjaman yang dibuat sejak agensi terbabit ditubuhkan pada 1989.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahim Hassan, berkata kebanyakan peminjam gagal membayar semula pinjaman akibat perniagaan mereka bermasalah.BH Online.
No comments:
Post a Comment