Pages

Friday, 25 October 2013

GST 6% berkuatkuasa 1 Apr 2015...akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)

Jumaat, 25 Oktober 2013
GST 6% berkuatkuasa 1 Apr 2015

Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya mengumumkan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) 6 peratus akan diperkenal.

Ia akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan cadangan itu dalam pembentangan Bajet 2014 hari ini.

Pengumuman itu disambut sorakan bantahan anggota Parlimen pembangkang yang konsisten menentang cukai itu daripada dilaksanakan.

Menyambung pembentangannya, beliau yang juga perdana menteri berkata, GST sistem percukaian terbaik kerana majoriti negara dunia pakai sistem itu. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment