Pages

Saturday 12 October 2013

Hamidah Tersembam Lagi Di Gopeng! & Lokman Adam Kecewa Ditolak Pemuda Umno...Kah! Kah! Kah!

Ahad, 13 September 2013
Pengerusi Tekun Kalah Di Gopeng
paspb2.blogspot.com 
Tak tahulah ianya penting atau tidak bagi orang Perak..... 
IPOH: Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia, Datuk Hamidah Osman tewas dalam pertarungan untuk mempertahan jawatan Ketua Wanita bahagian Gopeng pada pemilihan peringkat bahagian pada Sabtu.
Hamidah, yang turut bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dan seorang lagi calon Wan Razita Wan Razak ditewaskan Juliliyana Mohd Junid.

Beliau yang juga pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) itu memperoleh 143 undi, Juliliyana meraih 163 undi manakala Wan Razita mendapat 20 undi.
Pemilihan Wanita Umno di kesemua 24 bahagian di Perak menyaksikan 12 calon Ketua Wanita bahagian menang tanpa bertanding.

Ketua Wanita negeri, Datuk Rusnah Kassim mengekalkan jawatan Ketua Wanita bahagian Tanjung Malim tanpa dicabar manakala Exco Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Nolee Ashilin Mohamed Radzi turut menang tanpa bertanding bagi jawatan sama di Kampar.

Sementara itu, Ketua Puteri negeri Salbiah Mohamed, yang mempertahan jawatan Ketua Puteri di Gerik, merupakan antara 16 calon menang tanpa bertanding.

Bagi jawatan Ketua Pemuda bahagian, lima calon menang tanpa bertanding.
Mohamad Iruan Zulkefli, yang turut bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umnopusat, mengekalkan jawatan Ketua Pemuda di Lenggong.

Bahagian Parit Buntar menyaksikan Presiden Belia 4B Malaysia Muamar Ghadafi Jamal Jamaludin menewaskan dua pencabar lain bagi jawatan Ketua Pemuda. - BERNAMA
Posted by mountdweller at 3:00 AM
Lokman Adam Kecewa Ditolak Pemuda Umno
jendelamy.blogspot.com

Calon bagi jawatan naib ketua Pemuda Umno, Lokman Nor Adam kecewa apabila mendakwa dimaklumkan bahawa ada kalangan bahagian yang sebelum ini bersamanya, dikatakan telah beralih sokongan kepada calon lain.

Selain Lokman (kanan), tiga lagi calon yang bertanding jawatan tersebut ialah Ketua Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar; Ketua Pemuda Umno Perak, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pemuda Umno Lenggong, Mohamad Iruan Zulkefli.

Dalam SMS kepada Malaysiakini, Lokman yang juga exco Pemuda Umno mendakwa bahawa dari semalam lagi, beliau dimaklumkan bahawa banyak bahagian yang sebelum ini menyokongnya, dikatakan berpaling kepada calon lain.

Lokman mendakwa sistem pemilihan baru yang melibatkan 76,000 perwakilan di seluruh negara, akan memihak kepada mereka yang mempunyai sumber kewangan yang kuat. 

"Saya akan meneruskan perjuangan saya walaupun keputusan nanti tidak menyebelahi saya," tulisnya dalam SMS tersebut.
Posted by Jeebond BLM at 7:24 pm 
Panas: Apa masalah dengan Lokman Adam ni???

Tahniah!!! Lokman Adam semakin hebat berkokok, mungkinkah mencari publisiti demi mendapatkan sokongan dan undi dari pada para perwakilan untuk memastikan hajatnya bergelar Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia menjadi kenyataan.

Admin sedikit terperanjat dengan artikel yang dikeluarkan sahabat blogger celah gelegar yang menyatakan bahawa Lokman Adam tampil mempertikaikan tindakan kerajaan yang mengurangkan subsidi minyak sebanyak RM 0.20.


Sewajarnya, Lokman Adam lebih kritis dalam memberikan pandangan dan jalan penyelesaian, bukannya menghentam sesedap rasa.

Nak baca yang lebih panas? Jom kita lihat gambar cubaan Lokman Adam mencium seseorang...
Posted by MALAYAN FIGHTEER



Muahhh!!!!!!!!
Posted by paritbuntarrebels

No comments:

Post a Comment