Pages

Saturday 5 October 2013

Ijtima Tarbawi 3.0 Dewan Pemuda PAS & Taat Allah syarat utama lantik pemimpin - Presiden

Sabtu, 5 Oktober 2013

Photo: Team dari Keningau Sabah telah tiba di tapak program Ijtimak Tarbawi 3.0 ....
Team dari Keningau Sabah telah tiba di tapak program Ijtimak Tarbawi 3.0 ....Fb Nasrudin Hasan
Photo: Daftar dan dapatkan Majallah Tarbawi 4 di tapak Ijtimak Tarbawi 3.0. Turut dilampirkan Tafseer Surah Al Munafiquun untuk talaqqi esok bersama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS.
Daftar dan dapatkan Majallah Tarbawi 4 di tapak Ijtimak Tarbawi 3.0. Turut dilampirkan Tafseer Surah Al Munafiquun untuk talaqqi esok bersama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS.
Fb Nasrudin Hassan
Ijtima Tarbawi 3.0 Dewan Pemuda PAS Malaysia, di Parit Medan, Pagoh, Johor 5hb Oktober 2013.



Posted by OMAK KAU!!!! at Saturday, October 05, 2013

Photo: Para pemudi turut berasak mencuri ruang untuk mengamati setiap pengisian yang disampaikan oleh Tuan Guru Presiden PAS di Ijtimak Tarbawi 3.0

Photo: Ribuan anak muda sedang bertalaqqi Tafseer Al Quran surah al Munafiquun di Ijtimak Tarbawi 3.0 pagi ini dengan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
Ribuan anak muda sedang bertalaqqi Tafseer Al Quran surah al Munafiquun di Ijtimak Tarbawi 3.0 pagi ini dengan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Fb Nasrudin Hassan
Photo: Antara gambar menarik yang sempat admin snap tengahari tadi iaitu Ketua Pemuda sendiri mengutip derma jihad untuk dana Pilihanraya Kecil Dun Sg. Limau di Ijtimak Tarbawi 3.0
Antara gambar menarik yang sempat admin snap tengah hari tadi iaitu Ketua Pemuda sendiri mengutip derma jihad untuk dana Pilihanraya Kecil Dun Sg. Limau di Ijtimak Tarbawi 3.0. Fb Nasrudin Hassan
Photo: Ribuan anak muda membanjiri dataran Maahad Tahfiz Al Quran Al Muhammadi Parit Medan Kundang Ulu Ledang malam ini mengikuti ceramah umum yang disampaikan oleh :

Tn Hj Mohd Sabu
Ust Dato' Abu Bakar Chik
Yb. Ust Dato' Nik Mohd Amar
Ust Dr. Khairudin at Takiri
Yb. Aminul Huda
Dr. Raja Ahmad Iskandar

Diserikan dengan persembahan UNIC dan penampilan artis baru mereka Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre.

Ribuan anak muda membanjiri dataran Maahad Tahfiz Al Quran Al Muhammadi Parit Medan Kundang Ulu Ledang malam ini mengikuti ceramah umum yang disampaikan oleh :

Tn Hj Mohd Sabu
Ust Dato' Abu Bakar Chik
Yb. Ust Dato' Nik Mohd Amar
Ust Dr. Khairudin at Takiri
Yb. Aminul Huda
Dr. Raja Ahmad Iskandar

Diserikan dengan persembahan UNIC dan penampilan artis baru mereka Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre.
Fb Nasrudin Hassan

Photo: Majlis Perasmian Ijtimak Tarbawi 3.0 malam ini disempurnakan oleh Datuk Dr. Mahfuz Mohamad.
Majlis Perasmian Ijtimak Tarbawi 3.0 malam ini disempurnakan oleh Datuk Dr. Mahfuz Mohamad.
Fb Nasrudin Hassan

Ribuan berkampung di Ijtimak Tarbawi 3.0







Ijtimak Tarbawi 3.0 bertempat di Maahad Tahfiz Al Quran Al Muhammadi Kundang Ulu Ledang, Johor semalam secara rasminya bermula.

Himpunan peringkat kebangsaan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia itu malam tadi dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat Dato Dr Mahfuz Mohamad.
Turut berucap pada majlis itu malam tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan, Pengarah Program Nik Abduh Nik Abdul Aziz serta Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

Program kali ini juga menyaksikan ribuan anak muda hadir menyertainya yang datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Terdahulu, pengisian malam tadi turut diisi dengan kuliah Maghrib oleh Ustaz Syed Abdul Kadir al Jofree yang mengupas tajuk Mengapa Tarbiyah Sepanjang Masa.

Pagi ini pula, kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi sejurus selesai qiamullail dan solat Subuh berjamaah.
Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS mengupas tajuk Khulasah Surah As Shaff.

Selepas itu, bermula jam 8.30 pagi ini pula, giliran Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi pengisian.

Beliau menyampaikan kuliah tafsir surah al Munafiqun yang akan tamat sekitar jam 12.45 tengah hari ini sebelum peserta bersiap untuk solat Zohor bejamaah.
Harakahdaily.
Taat Allah syarat utama lantik pemimpin - Presiden
PARIT MEDAN: Kuliah Tafsir yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sesi kedua di Ijtimak Tarbawi 3.0 hari ini turut menyingkap sejarah pemilihan ketua dalam sejarah Islam. 

Presiden memberi huraian bermula dari zaman Rasulullah SAW hingga ke era terkini PAS di Malaysia hari ini.
Beliau menghuraikan petikan ayat tentang sekumpulan manusia yang terus mempertahankan Islam walaupun Rasulullah SAW telah wafat.

"Antara syarat utama untuk dilantik menjadi pemimpin yang dinyatakan dalam surah ini ialah seseorang itu mesti taat kepada Allah," ujar presiden.

Selain itu beliau turut menceritakan sekumpulan sahabat yang kuat menentang Islam pada awalnya tapi teguh pendirian mempertahan Islam ketika peristiwa wafatnya Nabi seperti Suhail bin Amr dan berapa yang lain.
"Dalam konteks hari ini ada golongan yang sedemikian. Maka kita jangan terlalu cepat menghukum." ujarnya lagi.

Beliau turut menceritakan sejarah kejatuhan khilafah Islam termasuk sejarah tertubuhnya PAS di Malaysia.
Sebelum mengakhiri kuliahnya, beliau menyeru para pemuda untuk terus menyambung perjuangan Islam.
Harakahdaily.

No comments:

Post a Comment