Pages

Wednesday 9 October 2013

Mentekedarah: Sarapan Bersama Mukhriz, Woo! Padanlah RM6,000 Makan 400 orang siap bungkus lagi? Gulai itik serati pulak tu...seorang baru dikenakan RM13.75...

Rabu, 9 Oktober 2013
RM5,500 bahagi 400 orang... seorang baru dikenakan RM13.75... alahai yang tu pun nak bising?


Kenapa Kedai Daun Pisang caj RM6,000 untuk sarapan pagi?.
Dalam masa 24 jam, sehari selepas Sinar Harian melaporkan tentang sebuah kedai makan yang mengenakan bayaran RM6,000 bagi sarapan pagi sekumpulan VIP (sebenarnya macai-macai UMNO), Restoran tersebut telah diserbu Penguatkuasa PDNKK.

Restoran yang terletak di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, Kelantan itu, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK)dan di kompaun RM175,000. Baca laporannya ini..

Serbuan tersebut dilancarkan sepantas kilat oleh Penguatkuasa PDNKK berdasarkan laporan Sinar Harian itu..
Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati

Sementara itu, bayaran makanan yang dicaj hingga mencecah RM6,000 oleh restoran itu menyebabkan ramai dalam kumpulan VVIP itu meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan sikap peniaga berkenaan.

Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, anggota-anggota rombongan VVIP terbabit berhenti makan pagi di restoran itu sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.
“Kami mula memesan makanan mengikut kehendak masing-masing dan makanan itu disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja makan.
“Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi,” katanya.

Menurutnya, selepas semua selesai makan dan salah seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, peniaga terbabit mengatakan jumlah keseluruhan sarapan itu adalah RM6,000.

“Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada peniaga itu. Langsung tidak masuk akal.

“Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat selepas ada sedikit tawar menawar dengan peniaga itu.
"Kami tidak setuju dengan harga cekik darah itu, tetapi disebabkan kami terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis rasmi tersebut, seorang daripada anggota kumpulan itu membayarnya," katanya. -SinarHarian
 Penjelasan dari pemilik kedai mengenai caj yang dikenakannya
Berikut adalah penjelasan dari pemilik kedai mengenai caj yang dikenakannya itu dan dalam masa yang sama juga jawapan mengapa Penguatkuasa PDNKK bertindak sepantas kilat terdedah..


400 orang macai-macai UMNO, mentekedarah sarapan yang disediakan bagi 600 orang, menurut tuan kedai..

Ini perkara biasa ni.. kalau korang tengok macai-macai UMNO ni kalau boleh mentekedarah free depa kalau boleh nak makan dalam talam.. maksud aku sorang setalam bukan sepinggan.

Dikenakan bayaran RM5,500 tapi macam biasalah macai UMNO ni mark-up tu dah jadi SOP depa.. resit ditulis RM6,000.. makan dapat untung lagi RM500.

RM5,500 bahagi 400 orang... seorang baru dikenakan RM13.75... alahai yang tu pun nak bising?
Kita Bantai Dot Info

No comments:

Post a Comment