Pages

Friday 4 October 2013

Nape asyik pasal ayam jer..271 pelajar SM Sains Tapah, Perak, sakit perut, muntah selepas makan ayam masak kurma

Sabtu, 5 Oktober 2013
Tidak sampai seminggu empat orang meninggal dunia akibat memakan ayam masak merah di Kedah, dua lagi kes keracunan makanan dilaporkan di Perak dan Pulau Pinang, malam kelmarin. 
Masak Ayam Kurma (Gambar hiasan)
Mereka mengalami simptom pening, loya, cirit-birit dan muntah

Tapah: Seramai 26 daripada 271 pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Tapah, di sini, yang mengalami keracunan makanan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di wad Hospital Tapah (HT), semalam dalam keadaan kurang sihat.

Daripada 271 pelajar itu, 67 pelajar dikejarkan ke Hospital Tapah bermula jam 9 pagi kelmarin, manakala selebihnya dibawa ke Klinik Kesihatan Jalan Damai, di sini untuk rawatan lanjut.
Semua 271 pelajar terbabit mengalami cirit-birit dan muntah-muntah selepas makan malam di dewan asrama sekolah itu, kelmarin.

Mangsa, Muhammad Aswad Shurhan, 17, berkata, dia makan pada jam 6.30 petang kelmarin sebelum sakit perut selepas Subuh. 
“Saya berasa mual dan cirit birit sehingga berulang ke tandas lebih empat kali. Saya ingat simptom itu hanya berlaku pada saya saja, tetapi separuh rakan sekelas turut mengalaminya.

“Kemudian kami mendengar pengumuman guru meminta semua pelajar yang mengalami simptom sama berkumpul di perpustakaan sekolah untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di hospital, di sini, semalam. 
Sementara itu, ibu kepada seorang mangsa, Rohana Rosmin, 50, dari Langkap, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian menimpa anaknya, Nureliana Najibah Rosli, 14, selepas dihubungi pengurusan sekolah itu pada jam 1 petang.
“Saya terkejut dan takut lebih-lebih lagi dengan kes kematian akibat keracunan makanan di Alor Setar, Kedah yang berlaku beberapa hari lalu.

“Alhamdulillah tindakan pantas guru membawa anak saya menerima rawatan mengelak kejadian lebih buruk,” katanya. 
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, 27 pelajar lelaki dan 40 pelajar perempuan dimasukkan ke Hospital Tapah, termasuk dua daripadanya masih ditahan di wad untuk rawatan lanjut, manakala selebihnya dibenarkan pulang. 

“Mereka mengalami simptom pening, loya, cirit-birit dan muntah,” katanya selepas melawat mangsa keracunan di hospital berkenaan, di sini, petang semalam. 
Katanya, Jabatan Kesihatan sudah mengambil sampel makanan untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca keracunan. 

“Bagaimanapun, semua mangsa dilaporkan stabil dan pelajar yang menduduki PMR menjalani peperiksaan di Unit Kecemasan hospital, sebelum dibenarkan keluar jam 5.30 petang tadi (semalam),” katanya. 

Menurutnya, dia difahamkan pengendali makanan di dewan makan asrama terbabit baru dua minggu beroperasi, bagaimanapun pihak berkuasa kesihatan sedang mengenal pasti punca sebenar kejadian dan menyiasat dari semua aspek. 
“Kita bimbang kejadian keracunan makanan di Kedah yang menyebabkan empat kematian berulang. Saya harap pihak bertanggungjawab menyiasat perkara ini,” katanya.
Citizen Infonet.

No comments:

Post a Comment