Pages

Tuesday 8 October 2013

PKR dakwa ahli Umno hutang Tekun RM1 bilion...Haiya! Kaya dengan utang loo...

Selasa, 8 Oktober 2013
"Maka persoalannya adakah Tekun gagal membantu memperbaiki kedudukan ekonomi khususnya kaum Melayu? Jika gagal, mengapa," - Pengarah Komunikasi PKR
greenboc.blogspot.com

PKR hari ini mendakwa ahli Umno yang meminjam daripada Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) masih gagal menjelaskan hutang sebanyai RM1 bilion, susulan daripada pengakuan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Tekun, Datuk Abdul Rahim Hassan, semalam bahawa pinjaman tersebut hanya untuk ahli Umno.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata sejak Tekun ditubuhkan pada 1998, dana sebanyak RM2.42 bilion diberikan kepada 237,173 usahawan dan daripada jumlah tersebut RM1.6 bilion adalah dana daripada kerajaan pusat.

"Sejak ditubuhkan pada 1998 hingga awal tahun ini, hanya RM1.43 bilion dibayar balik.

Gambar Penoreh Getah - Posted by Mohamad Azhar Che Omar
"Jika ia dipadankan dengan kenyataan CEO Tekun tersebut, bermakna hampir 40.9 peratus jumlah yang dipinjamkan kepada amnya ahli Umno belum dibayar balik, iaitu hampir RM1 bilion," katanya merujuk kepada laporan yang diperolehnya melalui akhbar Utusan Malaysia bertarikh 9 Februari 2013 lalu.

Fahmi berkata, secara puratanya sebanyak RM650 juta wang rakyat yang dipinjamkan kepada ahli Umno melalui dana kerajaan pusat tidak lagi dibayar balik.

Katanya, pemberian pinjaman Tekun membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal memainkan peranannya untuk membantu golongan berpendapatan rendah kerana pada masa sama masih terpaksa memperkenalkan pelbagai bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Jumlah penerima BR1M pada 2012 adalah 3.74 juta orang manakala 3.99 juta orang menerima BR1M pada 2013.

"Maka persoalannya adakah Tekun gagal membantu memperbaiki kedudukan ekonomi khususnya kaum Melayu? Jika gagal, mengapa," katanya.

Fahmi turut mendesak supaya Tekun membuka kaunter kutipan hutang pada pemilihan Umno 19 Oktober ini bagi mengutip semula wang rakyat yang diberikan kepada ahlinya.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Abdul Rahim berkata, Tekun ditubuhkan bagi membantu ahli Umno, malahan menegaskan mereka berhak mengambil pendirian sedemikian kerana penubuhan agensi tersebut datang daripada parti Melayu itu.

"Pembangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada ahlinya, kami mempunyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti," katanya semalam.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan pemerkasaan ekonomi Bumiputera dengan memperkenalkan lima langkah bagi memperkasa kumpulan tersebut memandangkan pegangan ekuiti korporat masih belum mencapai tahap 30 peratus sasaran dan golongan itu kini masih dalam tempoh transformasi sejak empat dekad lalu.

Bagaimanapun, pengkritik melihat pelan baru Najib itu bukan untuk membantu golongan Bumiputera sebaliknya lebih digunakan untuk membantu kroni mereka dalam Umno.

Dalam pada itu, agenda itu juga dilihat sebagai kesinambungan kegagalan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1971 kerana dikaitkan dengan masalah rasuah yang melebar. - 8 Oktober, 2013.

TEKUN Tipu Penduduk DUN Merlimau
www.tekun.gov.my

Empat puluh pengusaha penternakan lembu feedlot berkelompok di Lanchang, Melaka kecewa apabila pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) menahan sebahagian besar wang pinjaman mereka daripada nilai keseluruhan kira-kira RM1.2 juta, meskipun ia sudahpun diluluskan pihak terbabit.

Ketua projek berkenaan, Fahruzridza Jaafar, 34, berkata, jumlah tersebut berdasarkan setiap pengusaha melakukan pinjaman berjumlah RM30,000.

Menurutnya, segala-galanya bermula pada 1997, apabila beliau dicadangkan oleh ahli parlimen Jasin ketika itu, Datuk Mohd Said Yusof supaya menjalankan projek ternakan lembu dengan mencari satu tapak sesuai.

Fahruzridza yang juga pengerusi Persatuan Seni Silat Langkah Bromo (PSSLB) berkata, beliau telah mengambil peluang itu dan juga menyarankan 39 ahlinya yang lain supaya menyambut peluang itu bagi menjayakan projek ternakan lembu mereka.

"Secara kebetulan ketika itu sejak tahun 2005, saya memang ada memajak tanah di Semujuk, Sungai Rambai dengan keluasan kira-kira 3 ekar lebih bagi penanaman pisang dan sebaik muncul projek itu saya telah korbankan projek tanam pisang lalu bertukar kepada ternakan lembu.
Posted By Greenboc

No comments:

Post a Comment