Parlimen lulus pindaan PCA, ‘Hari Gelap’ buat Malaysia
“Hari gelap dalam demokrasi. Rang undang-undang PCA aka ISA 2.0 diluluskan jam 12.50 pagi (tadi).“Terima kasih kepada Umno BN kerana sekali lagi meletakkan Malaysia ke zaman gelap,” kata Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin
Keputusan pengundian yang dibuat awal pagi ini turut menyaksikan beberapa Fasal yang dibawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ditolak dan pindaan diusulkan kerajaan diluluskan.
Selepas melalui proses perbahasan selama dua hari, sesi perbahasan yang bermula jam 4.30 petang semalam bersidang sehingga jam 1 pagi selepas Dewan mengemukakan usul memberhentikan jam pada jam 11:59 malam.
Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid pada semalam.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang membantah pindaan akta berkenaan kerana menyalahi hak asasi manusia dan zalim menyifatkan kelulusan itu sebagai satu lagi sejarah gelap demokrasi buat Malaysia.
“Hari gelap dalam demokrasi. Rang undang-undang PCA aka ISA 2.0 diluluskan jam 12.50 pagi (tadi).
“Terima kasih kepada Umno BN kerana sekali lagi meletakkan Malaysia ke zaman gelap,” kata Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin .
(Berita menyusul)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55949
Pakatan tidak akan ke jalan raya untuk bantah PCA, kata Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) sebaliknya berkata, bantahan oleh gabungan DAP, PAS, dan PKR itu akan terus berjalan dalam ceramah-ceramah dan forum yang dianjurkan mereka.
"Kita sentiasa terbuka untuk dialog namun Najib seringkali mengelak. Kita mahu dialog diteruskan," kata Ketua Pembangkang itu merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada pemberita.
Pendirian Anwar itu turut menerima pujian daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan ia adalah satu langkah bijak.
"Itu pendekatan yang baik. Jangan bawa ke jalan raya kerana saya sangat terbuka untuk perbincangan," kata ahli Parlimen Bagan Datoh itu ketika ditemui pemberita.
Anwar bagaimanapun berkata dengan jumlah anggota Parlimen PR yang sedikit berbanding Barisan Nasional (BN), mereka gagal menyekat kerajaan daripada meneruskan pindaan penguatkuasaan akta berkenaan.
"Jangan ambil kesempatan terhadap rakyat," kata Anwar.
Pindaan PCA telah diluluskan awal pagi tadi selepas majoriti ahli Parlimen bersetuju untuk meluluskan pindaan berkenaan.
Posted & copy by Rakyat Marhaen at 10/03/2013 02:59:00 PTG
No comments:
Post a Comment