Nilai Kasih Seorang Ibu (Gambar hiasan)
jiwahakir.blogspot.com / scaniaz.blogspot.com / kebolangsing.wordpress.com
Anak Kurung Ibu Tanpa Makanan 4 Hari...
GUNUNG SEMANGGOL - “Makcik dah tak sanggup nak duduk dengan depa, kalau boleh hari ini makcik nak lari pi tempat lain."
Itulah rintihan seorang ibu yang mendakwa dikurung empat hari oleh anak kandungnya di sebuah rumah sewa di Lembah Beriah, Bukit Merah.
Lebih menyedihkan, ibu malang itu juga mendakwa, dia kelaparan sepanjang tempoh dikurung akibat tiada bekalan makanan ditinggalkan dan hanya minum air sejuk untuk menahan lapar.
Bagaimanapun, derita yang ditanggung mangsa dihidu jiran yang pelik kelibat mangsa tidak kelihatan lebih seminggu.
Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali Mohammad, 41, berkata, mangsa yang berusia 55 tahun dipercayai tinggal bersama anak keduanya sejak setahun lalu.
Menurutnya, sebelum ini sudah tersebar khabar angin mengenai penderitaan mangsa yang didakwa kerap menjadi mangsa dera, namun kebanyakan jiran tidak mengambil serius mengenainya.
“Sejak berpindah ke rumah sewa baru, kami sering memerhatikan gelagat ibunya yang kemurungan setiap kali keluar dari rumah.
“Kemuncaknya, kami menjadi bimbang apabila kelibat mangsa langsung tidak kelihatan sejak seminggu lalu, sedangkan anak mangsa sekeluarga ada di rumah," katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di Bukit Merah, semalam.
Didorong sifat ingin tahu, Mohammad bersama beberapa jiran lain pergi ke rumah wanita itu sewaktu ketiadaan anak mangsa dan terkejut dimaklumkan mangsa dikurung tanpa diberi makan selama empat hari.
Posted by Aiyang disayang
Lagi cerita best: Kasih seorang ibu
Ini satu lagi kisah menarik untuk bacaan semua. Sekali lagi saya ambil dari FB kawan Khairul Anuar Rahman.
Di mana pula dia ambil saya tak pasti kalau nak tahu tanyalah beliau sendiri dan jika anda merupakan penulis asal artikel di bawah, sila beritahu dengan segera untuk diberikan kredit.
Baca ceritanya....
Disebalik Kasihnya Seorang IBU
“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
p/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..
Kredit gambar
Warta Shubhi
Jangan menangis jika anda baca cerita ini....
nurfarhanaabdullah.blogspot.com
Saya terbaca cerita yang diletakkan oleh seorang kawan di laman FB nya, saya cuba dapatkan sumber cerita ini tapi tidak ada jawapan.
Oleh kerana cerita iktibar sebaik ini tak elok dipendamkan, maka saya siarkan juga untuk semua membacanya.
Gambar sebelah saya ambil dari sini yang juga siarkan cerita yang sama. Jika penulis asal terbaca, sila tuntut semula pada saya untuk saya berikan kredit padanya.
Jom sama-sama kita baca....
Disebalik Cerita Kasihnya Seorang ABANG !
Aku ada abang.. Sudah lama berpisah.. Tapi aku selalu utus sepucuk surat kat die yg kat kampung.. Satu pun x berbalas..2 Tahun lepas.. Aku menikah tanpa izin abang.. Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia.. Sepanjang perkahwinan aku.. Aku x tenang.. Cuti sekolah yang lepas.. Aku ajak suami aku balik kampung.. Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah usang tu.. Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu..
Sebelum aku menikah suratnya macam ni....
“Khas buat abangku,
Abg, Kau ingat lagi tak..
Mak ngan ayah meninggal masa aku Darjah 5.. Kau plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang kemalangan sebab nak beli kek birthday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kita, sampai mak terpaksa pegi beli dengan ayah. Tapi aku hairan masa tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan.. tiba2 byk air keluar.. Tapi Kau cepat2 lap lantai rumah kita.. Tapi aku tak kisah pun pasal hal tu.. Sebelum pergi, diorang cium kita berdua. Mereka cakap....
“ Abg, Kau jaga adik ya . Jangan bagi dia nangis. Kalau mak dah tak ada, Kau jangan tinggal dia. Ingat sikit mak ngan ayah Kau ni.. Jangan sesekali biar dia sorang-sorang “
Kau ingat tak..
Sebelum diorang pergi beli kek, Kau balik dari sekolah, Kau belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan.. Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu.. Kau x penah ucap bufday kat aku lagi.. Sampai sekarang..
Abg, Kau ingat tak..
Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi.. Ko pegi mana pon aku xtau.. Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, tapi ko xmakan pon.. Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan. Ko x penah ucap terima kasih kat aku.
Abg, Kau ingat tak..
Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, tapi time tu ko tengah tido.. Aku amik Rm2 dalam poket jeans ko. Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon.. Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..
Abg, Kau ingat tak..
Semasa umur aku 18 tahun.. Ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long.. Ko cakap ko ada hal.. Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku.. Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau.. Kenapa tiada sebarang balasan.. Kenapa abg??
Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pun 32 tahun, aku sudah pun disunting orang.. Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau.. Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlukan izinmu sebagai wali aku..
Abgku,
Jika kau dapat surat ni.. Katakanlah pada aku.. Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..
Salam sayang,
> Adik.
”Aku mula terasa teringin nak selongkar rumah pusaka ni.. Yelah.. Nak balik jarang sangat..Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe2 ada satu kotak besar jatuh dan banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..Dan saat itu aku terpandang satu surat yang cantik sangat.. Dan aku buka......
“Assalamualaikum..
Kehadapan adikku yang jauh di mata ..
Maafkan abg kerana tidak membalas satu pun surat yang engkau kirimkan.. Kerana aku tidak berdaya sayang.. Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita.. Iye, kau pecahkan perhiasan rumah.. Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan.. Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau.. Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..
Adikku sayang..
Aku tau kau tak suka warna biru.. Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau.. Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu.. Walaupun kau dah campakkan pengikat rambut tu.. Aku dah ambil balik, dan basuh.. dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita.. Nanti kau ambil ya..
Adikku sayang..
Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu.. Kau pun sudah lupa ya.. Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal.. Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya.. Aku harap kau mengerti..
Adikku sayang..
Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja.. Kerana aku bekerja di pekan.. Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori.. Untuk menyara engkau.. Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau.. Kerana masa itu.. Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau. Ramai yg memuji.. Aku harus sediakan perhiasan untuk kau.. Supaya kau tidak rasa malu..
Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..
Adikku sayang,
Siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau.. Aku akan makan masakan itu sebelum subuh.. Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur.. Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..
Adikku sayang,
Aku malu untuk ucapkan terima kasih.. Kerana engkau banyak berkorban untukku.. Kau menyediakan makanku dan segalanya.. Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih.. Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku.. Kerana terima kasihku untukmu adalah untuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..
Adikku sayang,
Maafkan aku kerana aku memukulmu.. Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila.. Betulkan, selepas kejadian itu.. Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..
Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur? Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku.. Sakit yang amat sangat.. Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah.. Aku berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun.. Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..
Adikku sayang..
Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku. Sebenarnya.. Aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu.. Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen.. Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital.. Doktor mengesahkan aku menghidapi barah paru-paru di mana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur.. Aku terpaksa dirawat di hospital walaupun doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..
Sayangku..
Aku titipkan surat ni ke rumah pusaka kita, ketika ini aku di hospital.. Jika suatu hari nanti engkau pulang.. Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu.. Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..
Adikku sayang..
Mungkin tika kau membaca surat ini.. Aku sudah pun tiada.. Jangan kau bersedih.. Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..
Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH. Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH. Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH. Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH. Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH. Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH. Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH. Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupun duka, TERIMA KASIH.
Adikku sayang..
Sekiranya engkau disunting seseorang.. Biarkan pakcik kita menjadi walimu.. Kerana aku mungkin sudah tiada.. Bahagiakanlah dirimu.. Kerana itu yg aku mahukan.. Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..
Salam sayang sedalam-dalamnya,
Abang.”
Di rumah pusaka itu.. Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir.. Lantas.. Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan.. Semuanya berwarna pink.. Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah.. Ya Allah.. Aku meraung sambil menatap hadiah itu.. Ya Allah.. di manakah dapat ku cari insan semulia mu duhai abangku.....
Warta Shubhi
penpatah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment