Kuil Sikh Bukit China
Kuil Sikh Bukit China ini telah dibina sekitar tahun 1925 dan kini lebih dikenali dengan nama Gurdwara Sahib Melaka. Kuil ini pernah digunakan sebagai tempat beribadat oleh 200 ke 250 orang polis berketurunan Punjabi yang berkhidmat di Melaka ketika itu. Granthi pertama yang berkhidmat pada tahun 1927 di kuil ini bernama Sohan Singh dan telah diiktiraf oleh penganut sikh sebagai pemimpin suci bagi mereka.
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Perkataan Allah bukan perkara baru dalam kepercayaan mereka
Inilah pengakuan yang baru saja dibuat oleh Malaysian Gurdwara Council president Jagir Singh. Aku tatau Gurdwara tue apa, tetapi aku harap rakan2 sikhs boleh terangkan serba sedikit apa yang dimaksudkan dengan perkataan Gurdwara tue. Agaknya ia berkait rapat dengan kepercayaan dorang kot.
Lihat kenyataan kat bawah neh ;
Alasan mereka ialah ;
1. Sikhs dah lama gunakan Allah dalam kitab2 suci mereka.
2. Perkataan Allah bukan perkara baru dalam kepercayaan mereka.
3. Allah dalam konteks kepercayaan mereka juga mengambarkan tuhan.
4. Dah lebih dari enam dekad kalimah itu digunakan dan ia akan kekal digunakan tanpa mempedulikan apa saja konflik keagamaan yang berlaku di Malaysia.
Aha, jadi dalam kitab kepercayaan SIkhs juga ada perkataan Allah. Ia perkara baru pada aku. Selama neh ada terdengar2 juga penceramah sebut tapi tak jelas sangat. Rupanya2 memang ada. OKe, kita tunggu geng2 UMNO berdemo sakan lawan Sikhs pula.
Hidup pejuang agama !!!
Read more: http://amenoworld.blogspot.com
Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/sikhs-will-use-allah-as-it-is-in-their-holy-scriptures-says-gurdwara-counci
Dalam Agama Sikh, perkataan Allah / Tuhan / Waheguru dan nama yang lain digunakan dari 1450an untuk mendefinasi Satu Tuhan yang Maha Esa, ia boleh di katakan se-akan sama cara memanggil Allah dari segi agama Islam - di mana ada satu tuhan yang maha esa dan berkuasa mutlak, hanya pelbagai nama yang digunakan untuk memanggilNYA. Walaupun memanggilNYA dengan pelbagai nama kami percaya akan satu tuhan dan tidak mempuji dewa atau idola. Kami melihat kitab suci kami Sri Guru Granth Sahib sebagai guru kami tetapi hanya menyembah tuhan yang maha esa. Nama Allah telah digunakan dari permulaan agama kami, begitu juga nama nama yang lain. Malah, pelbagai lagu sufi seperti lagu Allah Hu, dan juga lagu lagu sufi yang lain lazimnya diminati dan kerap didengar oleh kaum kami. Dengan ini, sitiuasi kami agak berbeza, di mana kami bukan menterjemahkan nama Tuhan, malah kami menyembahNYA dangan nama Allah dan pelbagai digunakan dalam ayat kami. Oleh itu, jika ada fatwa atau perundangan untuk golongan bukan muslim, I akan melarang kami dari membaca ayat tertentu dimana ada nama Allah. Andaikan jika ada perundangan dari negara yang melarang penggunaan Isa atau Muhamad, maka ia akan melarang saudara Muslim dari menggunakan nama tersebut dan melarang saudara dari membaca ayat tertentu dari Al-Quran - ini memang tidak wajar sekali dan tentu sekali tidak diterima oleh saudara. Begitulah situatsi kami sebagai penganut Sikh
ReplyDelete