Pages

Friday, 25 October 2013

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok - Najib

Jumaat, 25 Oktober 2013
Tahukah anda, ada yang tertidur waktu our dearest Prime Minister bentangkan bajet 2014?
Photo: Tahukah anda, ada yang tertidur waktu our dearest Prime Minister bentangkan bajet 2014?


Fb Saya Benci Harga Barang Naik!


Harga teh O dan teh tarik naik lagi
Teh Tarik pakai gula ke pakai susu...cuba pikiaq oiii!

Pengurangan subsidi gula akan menyebabkan harga teh O dan teh tarik naik lagi.

Cai kata "Harga teh O naik tu aku paham la. Kenapa harga teh tarik nak naik jugak? Teh tarik pakai susu bukan pakai gula! Melampau betul!"
Fb Saya Benci Harga Barang Naik!


Syukur Alhamdulillah... Najib habaq Esok harga Gula NAIK...!!!
Harga gula naik mulai esok

JIKA HARGA LAMA 2.50 BILA BUANG SUBSIDI 34SEN JADI
TAMBAH LA DENGAN HARGA YG DOK ADASKRG NIE...
Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.
- Bernama / KedahLanie

No comments:

Post a Comment