Pages

Saturday 12 October 2013

PEMILIHAN PAS!!! Suhaizan Kayat, calon terbaik Ketua Pemuda PAS Malaysia...

Sabtu, 12 Oktober 2013
Calon Ketua Pemuda Pas
Suhaizan Kayat
Saudara Suhaizan Kayat 38 tahun berasal daripada Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Muar, Johor. Pendidikan menengah di Sekolah Menengah Seri Menanti Muar. Melanjutkan pelajaran diperingkat Sarjana Muda dan Master Sains Komputer di Universiti Teknologi Malaysia. Pernah bertanding pilihanraya di Parlimen Parit Sulong pada tahun 2004 dan Dun Kempas, Johor pada tahun 2008. Kedua-duanya atas tiket Parti Islam Semalaysia(PAS). Pernah menjawat jawatan Pensyarah Sains Komputer di Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat, UTM. Pada tahun 2001 dipecat daripada jawatan tersebut disebabkan oleh tekanan daripada UMNO selepas mereka mengamuk akibat kekalahan dalam pilihanraya 1999. Diamanahkan sebagai Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dan Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas.

Exco Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat telah diumumkan sebagai calon Dewan Pemuda Pas Malaysia yang akan mencabar kedudukan Nasaruddin Hasan di muktamar dewan berkenaan bulan depan. Pengumuman itu dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Batu Pahat hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada saya menyebut; "kami dari pemuda Pas kawasan Batu Pahat dengan sebulat suara telah bersetuju untuk mencalonkan Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Pemuda (KP) bagi Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) dalam pemilihan Pas yang akan berlangusng bulan November ini."


Sebelum ini saya telah mencatatkan menerusi blog ini seorang Exco Pas akan mencabar kedudukan Nasaruddin sebagai ketua dewan Pemuda Pas.

Keputusan mengumumkan Suhaizan itu dibuat dalam mesyuarat pertama kepimpinan Dewan Pemuda Pas kawasan Batu Pahat yang diadakan 23 September lalu.

"Kami telah sebulat suara mencalonkan beliau setelah dibincang secara masak termasuk nama tokoh-tokoh pemimpin pemuda Pas yang lain. Kami berpandangan Sihaizan juga merupakan ketua Pemuda Pas Johor memiliki kewibawaan serta kemampuan untuk membawa Pemuda Pas ke pentas nasional dalam memperjuangkan isu yang timbul hari ini," demikian kenyataan Ketua Pemuda Pas Batu Pahat, Mohd Salleh Tamjis dipetik.

Perkembangan menjadikan kedudukan ahli Parlimen Termerloh Nasaruddin Hasan sebagai ketua pemuda akan dicabar. Kemungkinan sehubungan dengan itu kedudukan Nik Mohamad Abuh Nik Abdul Aziz sebagai timbalan ketua juga akan turut dicabar. Sebelum ini terdengar desas desus naib ketua dewan Pemuda Pas Pusat dikatakan akan mencabar Abduh.

Bagaimana pun sehingga kini Suhaizan belum mengesahkan sama ada beliau akan meneruskan hasrat berkenaan atau tidak.

Dalam perkembangan lain di Pasir Mas hari ini perwakilan persidangan Puteri Umno bahagian itu telah mendapat ketua baru apabila seorang guru Wan Harinawati Wan Daud telah dipilih sebagai ketua. Beliau mendapat 77 orang menewaskan dua calon lain termasuk bekas ketua yang mendapat 55 undi. [wm.kl.5:11 pm 12/10/13] mso
Posted by Jeebond BLM at 9:07 pm

PEMILIHAN PAS!!! Suhaizan Kayat, calon terbaik Ketua Pemuda PAS Malaysia


Pemuda PAS kawasan Batu Pahat sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dalam pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada November ini.

Ketua pemuda PAS kawasan, Mohd Salleh Tamjis berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kepimpinan Dewan Pemuda PAS kawasan Batu Pahat bagi sesi ini yang telah dijalankan pada hujung September lalu.

“Kami sebulat suara mencalonkan beliau setelah menyenarai pendek beberapa nama tokoh pemimpin pemuda PAS yang lain.

“Suhaizan yang juga Ketua Pemuda PAS Johor memiliki kewibawaan untuk membawa Pemuda PAS ke pentas nasional dalam memperjuangkan pelbagai isu yang timbul hari ini.


“Ini bukan cakap kosong kerana Suhaizan berjaya membawa beberapa isu besar di peringkat nasional sebelum ini dan mendapat perhatian rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Salleh berkata kemampuan Suhaizan mampu menggugat Umno dan Barisan Nasional setelah penglibatannya dalam bantahan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2009 berjaya mengubah pendirian kerajaan terhadap polisi tersebut.

Katanya, Suhaizan juga memperjuangkan nasib penduduk kampung setinggan di Johor selain isu pengundi hantu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

“Jika keadaan yang sama dapat diteruskan, pemuda Batu Pahat yakin DPPM akan mampu membina momentum yang besar menuju PRU14 yang akan datang,” katanya.

Pada pemilihan DPPM pada 2011, ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menang tanpa bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS apabila tidak menerima sebarang tentangan untuk jawatan tersebut.

Sementara itu, anak kepada Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz diisytihar sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS apabila menewaskan tiga lagi pencabarnya dengan mendapat 260 undi.

Pada pemilihan tersebut, Suhaizan mendapat 107 undi tewas kepada Nik Abduh, selain penyandang jawatan tersebut yang mendapat undi paling sedikit iaitu 94 undi. – 12 Oktober, 2013.MI
Posted by PASPB at 4:57 AM

No comments:

Post a Comment