Pages

Saturday, 2 November 2013

Piala Malaysia MALAM INI: Malaysia kalah dengan Nepal pulak dah! & JANGAN LALAI MUSUH MENYUSUP DI SG LIMAU...

Ahad, 3 November 2013
Stadium Nasional Bukit Jalil
www.freemalaysiatoday.com
Harimau Malaya di tangga 162 dunia
sports.digitalfive.com 
Malaysia kalah dengan Nepal pulak dah!
Akhbar: Nepal lebih telus berbanding Malaysia 
Selangorku   01 Nov. 2013.
SHAH ALAM: Nepal lebih telus dan terbuka kerana mempunyai 127 akhbar, berbanding Malaysia yang dilihat kurang memberikan kebebasan media.

Kerajaan Nepal percaya dengan memberikan kebebasan media mampu membawa kepada kemajuan mentaliti pemimpin dan rakyat negara Asia Selatan itu.

Walaupun Nepal masih dikategorikan sebagai negara dunia ketiga daripada segi pembangunan fizikal, tetapi mentaliti pemimpin negara itu dianggap lebih maju berbanding Barisan Nasional (BN).

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari berkata, hal itu dibuktikan apabila sehingga kini Nepal mempunyai 127 akhbar tidak termasuk akhbar yang diterbitkan peringkat negeri.

“Walaupun kita membangun dan mempunyai prasarana seperti negara maju tetapi mentaliti kerajaan masih di tahap negara dunia ketiga kerana mereka ingin mengawal media. Sebenarnya, semua kerajaan ingin kawal tanpa beri ruang kebebasan kepada media dan masyarakat,” katanya ketika dihubungi TV Selangor, di sini, hari ini.

Hatta turut mengutuk tindakan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan untuk menutup akhbar yang menerbitkan kenyataan beliau dalam satu program di Melaka, baru-baru ini.

“Ini kenyataan paling kurang ajar yang keluar daripada seorang pemimpin dan beliau mempunyai mentaliti dunia ketiga dengan beranggapan mempunyai kuasa dan boleh kawal kebebasan media. Pemimpin seperti ini kita kena tolak,” katanya.

Menyentuh kemenangan portal berita Malaysiakini dalam kes rayuan KDN yang menolak permit penerbitannya, Hatta berharap kemenangan itu akan menjadi contoh kepada media lain supaya berani menerbitkan media seimbang dan telus.

“Kemenangan Malaysiakini patut dijadikan contoh kepada media lain dan saya harap industri media kita lebih bebas serta maju,” katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/23138--akhbar-nepal-lebih-telus-berbanding-malaysia
Dihantar oleh accudo pada 9:09 AM
SAKSI BOLASEPAK MALAM INI, JANGAN LALAI MUSUH MENYUSUP DI SG LIMAU

MALAM ini (Ahad - 03/11/13) boleh dikatakan semua mata pasti tertumpu di Stadium Shah Alam.  Dua gergasi Pantai Timur, Pahang dan Kelantan akan bertempur untuk merebut Piala Malaysia.  Maka, kehangatan malam terakhir berkempen di PRK Dun Sg Limau pasti sedikit berkurangan.

Dari segi taktikalnya, sepatutnya malam ini PAS dengan dibantu oleh rakan-rakan di dalam PR wajib berkempen habis-habisan dan berganda dari sebelum ini.  Jangan lupa, malam ini jugalah boleh membuatkan seseorang pengundi atas pagar boleh berubah fikiran.  Malam ini jugalah para 'penyangak atau penipu" akan beroperasi habis-habisan di kala kita semua leka di hadapan TV atau beramai-ramai bersorak di hadapan layar skrin besar.

Justeru itu, semua petugas PAS dan PR harus berhati-hati malam ini.  Anggaplah ini suatu peperangan, jangan tinggalkan kubu kita dan jangan alpa dengan keseronokan yang dihidangkan.  Sudah tentu anak-anak muda akan beramai-ramai menyaksikan perlawanan bolasepak malam ini melalui TV atau skrin yang disediakan, sedangkan tenaga mereka amat penting untuk mengawasi keselamatan malam ini.  Oleh itu, Pengarah Pilihanraya serta ketua-ketua keselamatan yang dilantik mesti lebih peka malam ini.
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI 1:42 PG

No comments:

Post a Comment