Pages

Tuesday, 26 November 2013

GST atau tidak, negara berdepan risiko BAKRAP..

Rabu, 27 November 2013
Kita lihat Hong Kong, tidak ada GST tapi 

tetap bankrap. Negara maju lain seperti 

USA tidak ada GST.
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) mengecam kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang mendakwa negara harus melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika tidak mahu menghadapi kemungkinan bankrap.
Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara) berkata, negara tidak akan terlepas daripada masalah bankrap selagi kerajaan tidak mengurus tadbir kewangan dengan baik dan pelaksanaan GST bukan penyelesaian untuk mengelak daripada masalah itu.
Katanya, GST bukannya ‘miracle cure’, ia tidak bermakna dengan melaksanakan GST negara tidak akan bankrap.
“Isu bankrap bukan kerana sesebuah negara laksana GST atau tidak. Kita lihat Hong Kong, tidak ada GST tapi tetap bankrap. Negara maju lain seperti USA tidak ada GST.
Najib kata laksana GST atau hadapi kemungkinan bankrap seperti Greece. Ini salah dan untuk pengetahuan Najib, Greece ada GST, GST mereka adalah 21 peratus tapi tetap bankrap,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.
Jadi, kata beliau isu asas sesebuah negara bankrap bukan dengan melaksanakan GST, isu pokoknya adalah akibat amalan rasuah, pemborosan, pembaziran dan ketirisan.
Pada sidang media sama, Rafizi Ramli (PKR-Pandan) pula meminta Najib lebih konsisten membuat penilaian kewangan negara.
“Saya pelik, bagaimana Najib boleh katakan kita akan menghadapi masalah bankrap, sedangkan semalam Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyatakan betapa kukuhnya kewangan negara berbanding dengan negara lain. Ini bercanggah.
“Ahmad Maslan ketika diminta menjawab mengenai kadar hutang negara, beliau mengatakan kita tidak ada masalah, negara masih lagi kaya dan beliau sertakan senarai negara yang kononnya lebih teruk daripada Malaysia. Malaysia saja paling baik.
“Kita mahukan jawapan konsisten daripada beliau, adakah kita sedang menghampiri bankrap atau kewangan kita sememangnya kukuh? Kalau betul-betul kukuh maka tidak timbul soal pelaksanaan GST kerana mengikut Najib GST ini diperlukan apabila negara nak bankrap,” tegasnya.
Khalid Samad (PAS-Shah Alam) pula mempertikai tindakan Najib yang kononnya mahu menyelamatkan kewangan negara tetapi dalam masa sama mengamalkan pembaziran dengan menggunakan wang negara dalam rangka lawatan peribadi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor baru-baru ini.
“Apa guna bercakap soal kewangan negara jika pada masa sama boleh guna jet peribadi untuk menghantar ‘First Lady’, Rosmah Mansor ke luar negara menggunakan wang negara.
“Bercakap soal pelaksanaan GST yang kononnya akan menyebabkan negara bankrap jika tidak dilaksanakan, ini tidak masuk akal kerana pada masa sama guna wang negara untuk lawatan Rosmah.
“Saya setuju dengan Tony dan Rafizi, laksana GST bukan jalan penyelesaiannya, apa yang terbaik sebenarnya adalah ‘good governance’, iaitu bagaimana menguruskan kewangan negara dengan cara yang sepatutnya,” katanya. – Roketkini.com


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=106272:gst-atau-tidak-negara-berdepan-risiko-bankrap&Itemid=2#ixzz2lnvey3sk
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

No comments:

Post a Comment