Pages

Tuesday, 26 November 2013

Hishamuddin Rais & Kamar Mahtum ke London menjejaki Siti Aishah dipercayai terkurung selama 30 tahun...

Rabu, 27 November 2013

Saya tak akan pulang selagi tak jumpa adik..

Kamar Mautum semasa ditemui media selepas mendapat berita mengenai penghambaan wanita itu adalah Aishah, adiknya yang telah lama menghilangkan diri. Gambar ihsan The Telegraph, UK.

Kakak kepada Siti Aishah Abdul Wahab yang dipercayai terkurung selama 30 tahun di kota London akibat "perhambaan psikologi" berikrar melakukan apa sahaja asalkan dapat bertemu adiknya.

Kamar Mahtum Abdul Wahab yang berlepas ke Britian malam tadi berkata, walaupun masih belum pasti 100 peratus Siti Aishah adalah adiknya, tetapi, naluri hatinya tetap teguh dengan kepercayaan itu.


“Jika saya tidak dapat berjumpa dengannya, saya tidak akan pulang ke Malaysia,” katanya kepada The Malaysian Insider di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.
Akhbar Daily Mail semalam mendedahkan nama wanita termuda di antara ketiga-tiga tahanan itu bernama Rosie Davis.

“Jika dia adalah adik saya, saya gembira. Tetapi, apakah beliau gembira bila berjumpa saya?” kata Kamar, seorang pesara guru.

“Adik saya mungkin berubah, tetapi saya ada firasat. Allah bagi kita ‘the sixth sense.’ Saya akan tetap tahu dia adik saya jika dia benar-benar adik saya.”

Kamar berkata, apa sahaja yang Siti Aishah lakukan, wanita itu sudah membayar segala kesalahannya.

“Mereka harus bantu saya. Mesti tolong saya,” katanya merujuk kepada Pejabat Kedutaan Malaysia di United Kingdom.

“Nak buat apa dia duduk di London. Lebih baik balik sini. Dia pelajar yang pintar. Dia patut lakukan sesuatu untuk negara,” katanya sambil menahan sebak.

Katanya, beliau yakin adiknya yang kini berumur 69 tahun adalah wanita Malaysia ditahan oleh pemimpin Komunis ajaran Mao Tse Tung sejak 30 tahun lalu.

Katanya, kehilangan Aishah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.

Buku nota terlekat gambar Siti AIshah antara bekalan Kamar Mahtum ke Kota London. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013. 

Buku nota terlekat gambar Siti AIshah antara bekalan Kamar Mahtum ke Kota London. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013.

Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu.

"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.

"Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya kepada akhbar Britian The Daily Telegraph.

Hishamuddin akan membantu Kamar Mahtum di London dalam usaha bertemu adiknya. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013.

Hishamuddin akan membantu Kamar Mahtum di London dalam usaha bertemu adiknya. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013.

Sementara itu, Hishamuddin Rais yang akan membantu Kamar untuk berurusan di London berkata, mereka masih belum pasti berapa lama akan berada di sana.

"Saya tolong atas dasar kekeluargaan. Saya kenal keluarga Siti Aishah sejak kecil.

"Bahkan, kakaknya adalah guru saya di sekolah. Semasa di London dulu, abangnya pernah datang meminta bantuan untuk cari Siti Aishah," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hishamuddin yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britian pada ketika itu.
Perkara ini disahkan Kamar kepada The Daily Telegraph bahawa Siti Aishah hilang sejak 30 tahun lalu di London selepas menyertai kumpulan Maois.

Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi Hishamuddin berkata, lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura.
Polis Britian mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.

Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual. - tmi

Hishamuddin Rais Dakwa Kenal Wanita Malaysia “Diperhamba” Di London

Gambar Aishah sewaktu muda yang disimpan ahli keluarganya. Gambar ihsan The Telegraph, UK.

AIDCNews – 26/11/13 – Bekas aktivis mahasiswa yang pernah melarikan diri ke luar negara, Hishamuddin Rais mendakwa mengenali wanita Malaysia yang dijadikan ‘hamba’ di sebuah rumah di London selama lebih 30 tahun.
Wanita itu berkemungkinan Siti Aishah Abdul Wahab, kata Hishamuddin Rais kepada The Malaysian Insider.
Hishamuddin yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka “New Malayan Youth” di ibu kota Britian pada ketika itu.
“Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang kerana kami berasal dari daerah sama.
“Saya juga menetap di Brixton, London, di mana lokasi wanita itu ditemui,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui awal pagi ini.
Hishamuddin berkata, Siti Aishah merupakan pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.
Difahamkan, “New Malayan Youth” adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.
Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun-tahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah merupakan bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa “Colombo Plan”.
Bekas aktivis mahasiswa itu mendakwa, beliau berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada wanita itu adalah gurunya di sekolah menengah.
Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi Hishamuddin berkata, lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura.
Semalam, media London melaporkan tiga wanita yang dikurung dan dijadikan hamba selama 30 tahun di London oleh sepasang suami isteri dilaporkan telah direkrut oleh pasangan tersebut adalah menjadi aktivis komunis tahun 1970-an.
Mereka dilaporkan adalah simpatisan Komunis yang ‘menyembah’ Mao Zedong, menubuhkan sel penyokong Komunis di London dan menjalankan “kerja-kerja revolusi.”
The Daily Telegraph melaporkan bahawa pasangan itu, yang tinggal  di Brixton, selatan London, telah menubuhkan sebuah “sel komunis” pada tahun 1974 dan sebelum dipenjarakan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti politik mereka.
Sel tersebut dilaporkan terlibat menerbitkan risalah menyeru kejatuhan kapitalisme Barat, selain menjalankan aktiviti diskusi, ceramah dan menganjurkan tayangan filem.
Akhbar UK melaporkan bahawa polis menahan 14 orang dalam ‘sel’ tersebut pada tahun 1978, termasuk pasangan itu, yang kemudiannya dipenjara kerana menyerang seorang pegawai polis.
‘Sel’ itu kemudian dilaporkan berpecah dan pasangan tersebut berpindah Brixton dengan beberapa pengikut. Polis Metropolitan London menyatakan, pada mulanya dua wanita itu tinggal bersama dengan pasangan tersebut bagi berkongsi ideologi tersebut.
Ketua Polis Unit Jenayah Terancang dan Gengster, Steve Rodhouse menyatakan, perkongsian ideologi Komunis itu menyebabkan wanita-wanita tersebut terus tinggal bersama dengan pasangan itu.

No comments:

Post a Comment