Lebih 85 peratus pemilih keluar mengundi
YAN - [DIKEMASKINI] Setakat jam 1 petang tadi, peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau mencecah 63.5 peratus yang melibatkan 17,281 orang pengundi.
Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pusat Media N20 Sungai Limau, di sini, hari ini.
Jumlah pemilih yang keluar mengundi meningkat pada jam 2 petang tadi menjadikan 18,843 atau 69.22 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab.
Sehingga jam 3 petang tadi, jumlah yang keluar mengundi meningkat kepada 20,876 orang atau 76.69 peratus
Setakat jam 5 petang tadi dan selepas semua pusat penggundian ditutup, peratusan keluar mengundi mencatatkan 85.5 peratus membabitkan 23,249 pengundi.
Peratusan itu merosot sebanyak 3.8 peratus membabitkan 1,157 pengundi berbanding mereka yang membuang undi dalam PRU13 pada 5 Mei lalu.
Pada PRU13 lalu, peratusan keluar undi mencatatkan 89.3 peratus membabitkan 24,406 pengundi.
Sinar Harian/Posted by Kedah Lanie at 6:04 PM
Ahkak, dorang bukan nya nazar jalan kaki. Tapi nazar berlakon jalan kaki. Tak suka tau akak salah tafsir neh.
KAH KAH KAH
- Acik
Bertenang semua penyokong2 bola Kelantan.
"Tanpa BN hidup lebih ceria"
- Apek
UAI Lokasi Sungai Limau
No comments:
Post a Comment