KOMENTAR TUKAR TIUB
misi berjaya!
KAKAK DAN ADIK
pertemuan kakak dan adik
malam tadi disatu kota
yang saya sendiri tak tahu
semua berjalan saperti dilancar
cik gu kamar
telah bertemu dengan siti aishah
gumbira dan sedih - ini komen awal dari cik gu kamar
ketika ini cik gu kamar masih berehat dlam bilik
DICATAT OLEH TUKAR TIUB PADA 4:00:00 PTG
Kakak Siti Aishah gambarkan perasaan gembira dan sedih selepas pertemuan
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
NOVEMBER 29, 2013
NOVEMBER 29, 2013
Kamar Mahtum Abdul Wahab berjaya bertemu dengan adiknya Siti Aishah di satu lokasi rahsia di London.
Kakak kepada mangsa "perhambaan psikologi" selama 30 tahun di London, Kamar Mahtum Abdul Wahab menggambarkan perasaan bercampur-baur setelah dapat berjumpa adiknya, Siti Aishah hari ini, kata aktivis Hishamuddin Rais.
Hishamuddin, yang merupakan pengiring Kamar Mahtum sepanjang misi mereka berdua menemui Siti Aishah, berkata demikian menerusi kiriman terbaru di blognya, Tukar Tiub.
“Pertemuan kakak dan adik malam tadi disatukan di kota yang saya sendiri tidak tahu. Semua berjalan lancar. Cikgu Kamar telah bertemu dengan Siti Aishah.
“Gembira dan sedih. Itu komen awal dari Cikgu Kamar. Ketika ini beliau masih berehat di dalam bilik,” katanya menerusi kiriman yang bertajuk ‘Kakak dan Adik’.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom hari ini mengesahkan Kamar Mahtum berjaya menemui Siti Aishah.
Media melaporkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London, Datuk Seri Zakaria Sulong, berkata Kamar Mahtum sudah bertemu adiknya di sebuah lokasi rahsia.
Kamar Mahtum merupakan bekas guru sekolah terbang ke London pada Selasa dalam impiannya untuk bertemu adiknya yang sudah lama terpisah ditemani oleh bekas aktivis mahasiswa 1970-an, Hishamuddin.
Pihak berkuasa United Kingdom semalam mengesahkan status Siti Aishah sebagai warganegara Malaysia dengan nama berdaftar Aishah Wahab dan dilahirkan pada 27 Mei, 1944.
Kementerian Luar memaklumkan kes itu masih di peringkat siasatan.
Akses bagi mendapatkan maklumat lanjut adalah terhad dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data 1998 di bawah undang-undang tempatan United Kingdom.
Pihak berkuasa tempatan masih belum memberikan akses terus kepada mangsa setakat ini.
Kenyataan itu menyebut Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan mengambil langkah susulan bagi menentukan status mangsa daripada segi undang-undang.
"Kamar Mahtum beri Aishah kain dan sejadah. Aishah diminta menulis surat kepada ahli keluarga di Malaysia," lapor stesen televisyen, Astro Awani.
Dalam usaha Kamar Mahtum, 73, menemui Siti Aishah, beliau mengirim surat melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk diserahkan kepada polis Britain supaya pesanannya dapat disampaikan kepada adiknya.
Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britain berumur 30 tahun.
Akhbar Britain melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” berasal dari Singapura dan isterinya Chanda dari Tanzania.
Polis Britain mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.
Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga mangsa tidak kelihatan seperti didera secara seksual tetapi tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.
Ketiga-tiga mangsa bebas daripada “perhambaan” selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober. – 29 November, 2013.
No comments:
Post a Comment