Pages

Monday, 11 November 2013

Mohamad Sabu bantu Presiden lebar pengaruh PAS - HarakahDaily...Aik, Emm!...

Isnin, 11 November 2013
Mohamad bantu Presiden lebar pengaruh PAS
Salmiyah Harun,
11 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempertahankan jawatannya dalam pemilihan kali ini sebagai usaha bagi membantu Presiden mengembangkan pengaruh PAS kepada bukan ahli PAS.

Katanya, usaha ini termasuklah membantu mendekatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan badan bukan kerajaan di kalangan bukan Melayu seperti kaum Cina, India dan sebagainya.

"Kita bantu Presiden kembangkan pengaruh PAS kepada orang yang bukan ahli PAS, terutama di kalangan orang Melayu dan Ngo seperti Suaram, Aliran, MTUC, Kesatuan Sekerja, dan banyak lagi.

"Secara tidak langsung, ia membawa pengaruh PAS ke dalam masyarakat supaya mereka terus menyokong PAS dan Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Bahkan katanya, usaha menarik orang Melayu untuk terus menyokong PAS disifatkan sebagai kerja yang berterusan.

Pemilihan PAS pada Muktamar Tahunan Ke-59 yang akan berlangsung pada 22 November ini menyaksikan pertandingan dua penjuru bagi jawatan Timbalan Presiden PAS.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah bertanding jawatan itu selepas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Husam Musan dan Salahuddin Ayub menarik diri bertanding jawatan itu. HD

No comments:

Post a Comment