JAKIM yang Tarik Balik Sijil Halal...
"Lue anti punya anti sekali lue ter-anti orang sendiri la (Umno) pula..."
Boikot punya boikot punya boikot alih2 kena saman sebab syarikat yang diboikot dah mengamok sakan.
Yang sebenarnya aku tak la nak kata tukang saman tue betul dan page pro BN neh salah atau apa. Sebab aku sendiri dah teliti dah satu persatu apa yang dikeluarkan oleh page pro BN neh. Ikut dari pengamatan aku sebenarnya fakta yang dikeluarkan oleh page pro BN neh bukan la semua nya fakta yang auta. Memang ada yang ditokok tambah. Aku tak nafikan bab tue. Tapi penjelasan yang diberikan oleh KKB sendiri aku rasa ia adalah penafian yang tidak lengkap.
Aku tengok ramai yang huha2 ejek2 page pro BN bakal kena saman atas isu neh. Tapi sebelum huha2 dok ejek2 depa, page2 PRO PR pun sebarkan benda yang sama. Kenapa tak konsisten disitu? Main copy paste je ke der? Alamak aii..
Meh aku bagi kronologi kejadian sikit.
Maklumat pertama datangnya dari website HALAL der. Masa seme dok huha2 sebarkan apa seme aku surf website HALAL sendiri untuk pengesahan lanjut. Rujuk printscreen ;
Tengok nama syarikat, tengok nama product. Nampak tak apa yang aku nampak tue? Itu part 1. Part kedua depa nafikan kaitan dengan Kilang Bihun Indah blablala di Tasir Gelugor tue. Sebenarnya kilang tue dah lama ditutup. Itu fakta. Akan tetapi KBB memang ada kaitan pun dengan kewujudan kilang tue suatu ketika dulu beb.
Lihat ;
Rujukan : http://www.krb.com.my/
Website rasmi KBB Resources. Ketika isu neh baru2 disebarkan aku amat yakin sekali bahawa kat website Kilang Bihun Indah balbalba tue ada tulis dengan clear bahawa mereka tukar nama kepada KBB. Aku salah baca ke apa? Aku patut printscreen maklumat tersebut ketika aku survey2 maklumat untuk memastikan bahawa kilang tersebut telah ditarikbalik sijil halalnya.
Silap aku disini.
KBB stand for KILANG BIHUN BERSATU. Tengok dalam website tersebut BRAND EKA. Tengok dalam website JAKIM, brand EKA turut listed as brand yang ditarikbalik sijil halal. Maka disinila aku boleh kaitkan bahawa website di atas merujuk kepada KBB Resources.
Page pro BN boikot atas nama bangsa. Tapi aku sendiri menolak atas nama sijil halal telah ditarikbalik beb. Itu sebab pentingnya untuk ko tidak membuta tuli copy paste sana sini lepas tue haram tahu apa benda yang ko sebarkan. Kang orang sebar kata ia haram ko pun ikut hahhh haramm.. kang bila kena saman tetiba pendirian ko berubah dengan mengejek2 pula pihak yang bakal kena saman. Korang neh dah kenapa hah?
Walaupun demikian aku juga tak menyokong benda2 yang merepek dan tak tentu hala disebarkan ke atas syarikat tersebut. Cuma benda yang pasti sahih ialah memang sijil halal ditarikbalik beb. Tang mana nya fitnah bab tue? Kalau nak komplen jualan ko merosot 20% takde masalah. Tapi cuba kenalpasti dulu kenapa jualan ko merosot. Ia berkaitan rapat dengan JAKIM. Jangan yang kecik2 alah neh [waima penyokong2 BN pun mereka juga sama macam penyokong2 PR = rakyat marhaen = semut] ko nak tembak bagai, tapi bab JAKIM ko tak berani pula nak tembak kan.
Walaupun begitu, aku nasihatkan juga kepada page kami boikot barangan DAP neh. Korang jangan taksub sangat membenci sesiapa pun atas nama politik bagai. Sebenarnya taksub, benci atas perkara yang tak munasabah itu sendiri merupakan kesalahan dalam Islam. Patut korang buat garis panduan ikut piawaian Islam sudah la. Yang baik = ikut. Yang buruk = tinggal.
Benci sesuatu atas nama kejahatan takde masalah. Tapi benci sesuatu atas nama bangsa dia, agama dia, kepercayaan politik dia, itu seme bullshit. Seperti dalam poster yang korang sebarkan kat bawah neh hah ;
Seme benda lue kaitkan dengan DAP. Adoyaii..
Sedangkan Sohaimi Shahadan itu salah seorang AHLI MT UMNO yang terpilih baru2 neh dalam pemilihan UMNO yang lepas wooo..
Ini blognya beb ==> http://sohaimi-shahadan.blogspot.com/
Lue anti punya anti sekali lue ter-anti orang sendiri la pula. Pun begitu secara terperinci nya aku tatau kedudukan Sohaimi neh apa kat dalam KBB tue. Sebagai pak pacak ke, sebagai individu yang perlu tampilkan diri untuk meraih sokongan pembeli2 melayu ke apa ke aku langsung tatau. Nak tahu, korang kena jalankan siasatan sendiri oke.
Apa pun aku stay boikot la atas nama tak halal. Jika Sohaimi Shahadan rasa JAKIM fitnah, maka pergi la deal dengan JAKIM dulu sebelum tembak orang biasa neh oke.
Terima Kasih.
-amenoworld / Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah
No comments:
Post a Comment