Pages

Thursday, 7 November 2013

Ralat: Artikel #PRKSgLimau ; Patong Potong Kaki...''Blogger Aakj mohon maaf"

Khamis, 7 November 2013


3 lelaki Melayu ditangkap dan dibelasah orang kampung kerana gantung patung kaki ?
Saya menerima mesej dari rakan info berkenaan penangkapan 3 individu oleh penduduk kampung ketika sedang menggantung replika patung kaki terpotong.


SMS bertulis begini…

“Pada jam 4.30 pagi 3.11.2013 semasa bertugas di Pejabat Pertanyaan IPD Yan, saya telah terima panggilan telefon dari seorang lelaki melayu bernama Sulaiman bin Aziz 37 tahun menyatakan 3 lelaki Melayu dalam keadaan cedera dipercayai telah dicederakan oleh beberapa orang kampung lelaki Melayu dan juga telah memaklumkan mereka ditangkap sedang menggantungkan patung kaki di kampung Batu 16. Ketiga-tiga suspek juga dipercayai ahli UMNO dari ranting Pokok Sena. Ketiga-tiga suspek ditahan utk perlindungan keselamatan. sekian laporan saya. Saya terus jadikan repot pertama kejadian. sekian laporan saya.”

Mungkinkah ini jawapan cerita panas semalam? Setinggi-tinggi tupai melompat. Akhirnya jatuh ke tanah juga!

UMNO buat laporan polis kononnya untuk menutup perbuatan “TEAM SARAF” mereka. Memang ada kecurigaan bagaimana patung kaki boleh digantung di kawasan UMNO dan berhampiran markaz UMNO/BN sedangkan keadaan sekarang orang berjaga sehingga pagi mengawal keadaan.

Bagaimana begitu banyak patung kaki boleh tergantung. takkan satu pun tak terlepas pandang.

sumber: tranungkite.net/Kedah.kini
#PRKSgLimau ; Patong Potong Kaki 
Written By Azmy Klanajaya on 03/11/2013 | 11:54 pm
Dr.Amirul Amin menggesa pihak yang menyebarkan foto beliau (d atas) dan cerita mengenai beliau berhubung dengan isu "patung potong kaki" memohon maaf secara terbuka kerana cerita itu adalah tidak benar sama sekali.

Sehubungan dengan itu aakj mohon maaf d atas kekilafan berhubung dengan perkara d atas kerana tidak memeriksa sumber dengan betul..aakj juga telah pun menarik balik artikel tersebut..

Aakj juga berharap pihak lain mengikut langkah yang sama..kita ada etika untuk penyebaran maklumat dan kita wajar mohon maaf kiranya tersilap dari fakta yang sebenar..

No comments:

Post a Comment