Pages

Friday, 8 November 2013

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi : Alu-alukan debat terbuka antara calon...

Sabtu, 9 November 2013
JK Pemilih alu-alukan debat terbuka antara calon

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi mengingatkan semua calon untuk berkempen secara sihat tanpa menyerang mana-mana calon lain.

Tegas beliau, mana-mana calon yang dilihat berkempen dengan menjatuhkan calon lain akan dirujuk ke Lembaga Disiplin parti untuk tindakan susulan.

"Calon, ahli dan penyokong boleh berkempen, tetapi kempen yang sihat, tapi kita tidak akan berkompromi jika terdapat mana-mana majlis yang dianjurkan bertujuan mempromosi diri, dan dalam masa sama menjatuhkan calon lain, termasuk melalui media sosial, tegas beliau pada sidang media di Pusat Media PAS, di Jalan Raja Laut, pagi tadi.
Tambah beliau, sekiranya pihak jawatankuasa menerima aduan berkaitan perkara tersebut, calon berkaitan boleh dirujuk ke Lembaga Disiplin parti dan seterusnya boleh digugurkan kelayakan untuk bertanding jika disabitkan kesalahan.

Malah, Asmuni berkata jika calon yang didapati melanggar tatacara pemilihan itu memenangi jawatan yang ditandinginya, kemenangan tersebut boleh digugurkan.
Justeru, Asmuni turut mengingatkan badan perhubungan negeri-negeri, lajnah-lajnah parti untuk tidak menyalahgunakan majlis rasmi mereka untuk mempromosikan calon-calon.

"Ini sudah berlaku, dengan aduan yang diperolehi. Kita sudah mengeluarkan garis panduan, kaedah 6 tatacara pemilihan bagi PAS yang sudah diluluskan baru-baru ini," kata beliau.

Debat terbuka antara calon
Dalam pada itu, Asmuni turut mengalu-alukan sebarang penganjuran debat secara bersemuka di antara calon-calon yang bertanding bagi menggalakan kempen secara sihat.

Menurutnya, dengan debat bersemuka itu kedua-dua belah pihak dapat menjelaskan pandangan, pendirian serta visi mereka dalam usaha memenangi hati perwakilan.

Ia juga, katanya akan memperlihatkan kematangan dalam memilih pemimpin berbanding Barisan Nasional.
Mahfuz yang lahir seminggu sebelum negara merdeka mengakui dapat ‘merasai’ persekitaran perjuangan kemerdekaan ketika masih dalam kandungan ibu. — Gambar oleh Jack Ooi
"Ia memberi ruang kepada kedua-dua calon untuk berkempen secara bersemuka untuk penilaian perwakilan. Tidaklah seorang bercakap di sana, dan seorang lagi bercakap di sebelah sini," kata beliau.

Asmuni turut percaya terdapat calon-calon yang bertanding pada pemilihan kali ini akan menganjurkan debat secara bersemuka.

Calon top 5 boleh lantik wakil calon

Dalam pada itu, Asmuni turut memaklumkan kepada semua calon jawatan tertinggi, bermula dari presiden sehingga naib ketua setiap dewan-dewan untuk memilih wakil mereka ketika proses pengundian dan pengiraan undi.
"Kita benarkan untuk jawatan top 5, dari presiden hingga naib presiden, ketua-ketua dewan hingga naib untuk menghantar wakil mereka ketika pengundian dan pengiraan undi. Jika dalam pilihan raya, ia macam 'polling agent' dan 'counting agent'. Itu jika mereka mahu," kata beliau.

Tambahnya, calon yang berhasrat untuk berbuat demikian perlu menghantar nama wakil mereka satu hari sebelum hari pengundian, yang akan dijalankan pada 22 Nov, jam 3.30 petang.
HD.

No comments:

Post a Comment