Pages

Wednesday, 6 November 2013

Sg Limau : Pengajaran daripada undi Cina (Melindungi majoriti juga bermaksud melindungi golongan minoriti...)

Rabu, 6 November 2013
 Pengajaran daripada undi Cina! 

Antara kesan daripada pilihan raya kecil Sungai Limau Isnin lalu ialah ada undi masyarakat Cina yang kembali kepada Barisan Nasional (BN) walaupun ia tidak cukup untuk BN menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Ahli politik dan penganalisis juga ramai menyatakan bahawa kebanyakan masyarakat Cina menjauhi pilihan raya kecil itu, kemungkinan kerana ramai yang tidak pulang mengundi pada Isnin dan ia tidak memberi kesan kepada pentadbiran negeri atau persekutuan.
Untuk rekod, calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat memperolehi 12, 069 undi manakala Dr Ahmad Sohaimi Lazim dari BN mendapat 10, 985 undi. Terdapat 27,222 pengundi berdaftar tetapi hanyak 85.5% yang keluar mengundi.

 Bagi BN, peningkatan sedikit dalam undi masyarakat Cina memberi petanda kepada parti seperti MCA dan Gerakan untuk kembali membuktikan semangat mereka selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Daftar pengundi masyarakat Cina di Sungai Limau berjumlah 1,836 tetapi hanya sedikit yang menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi  walaupun BN memberikan RM2.25 juta peruntukan kepada sekolah-sekolah Cina di kawasan itu. Ahmad Sohaimi sendiri mengeluh kerana beliau hanya menerima kira-kira 600 undi daripada Cina.
Tetapi, ia juga menunjukkan bahawa kemarahan dan kebimbangan pengundi bukan Melayu di Kedah terhadap pentadbiran satu penggal allahyarham Tan Sri Azizan Razak masih hidup – mungkin hampir sama dengan kerajaan negeri pimpinan PAS di Terengganu pada 1999.

Ia turut mencadangkan bahawa sementara gabungan PAS dengan DAP dan PKR berjalan dengan baik di peringkat persekutuan, ada banyak perkara perlu dilakukan dalam parti mengenai kaedah melayan bukan Islam di negeri yang mereka tadbir.
Di Kedah terutamanya, PAS di bawah pesuruhjayanya yang baru, Datuk Mahfuz Omar perlu melakukan banyak perkara untuk memenangi semula sokongan daripada masyarakat Cina, dan ini dilihat sebagai perbalahan dalang politik dengan Umno.

Dan cara terbaik melakukannya ialah dengan memahami dan menghargai bahawa larangan terhadap itu dan ini tidak berkesan dalam negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia. Melindungi majoriti juga bermaksud melindungi golongan minoriti.
Rakyat Malaysia mahu kerajaan yang baik, polisi ekonomi terbaik dan pemimpin berprinsip, bukan mereka yang berpandangan sempit bahawa beberapa sekatan dan larangan adalah apa yang selalu kerajaan perlu buat.

PAS tidak perlu lihat terlalu jauh jika ia mahu mentadbir negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia. Hanya perlu lihat Selangor dan Pulau Pinang yang menang besar pada PRU13.
Kedua-dua negeri itu tidak ada perkara seperti menutup panggung wayang atau apa-apa sekatan dalam perniagaan.

Selangor dan Pulau Pinang juga mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat dapam PRU13. Ada banyak perkara boleh dipelajari bagaimana dua kerajaan negeri itu mengekalkan mandat yang diterima. Mahfuz dan rakan-rakan dalam partinya perlu ingat perkara itu jika mereka ingin menawan kembali Kedah.
Jika tidak, formula BN akan terbukti mampu bertahan dan terus berkuasa, hanya kerana pakatan pembangkang tidak memahami Malaysia seperti yang mereka faham. – 6 November, 2013. The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment