Sabtu, 23 November 2013
Keputusan penuh akan diumumkan selewat-lewatnya petang ini sekitar jam 2
Tuan Hj Asmuni Awi selaku Katua sekretariat Pilihanraya Pas Pusat memohon maaf diatas kesilapan teknikal pilihanraya
SHAH ALAM, 23 Nov - Proses pembuangan undi bagi pemilihan kepimpinan PAS sesi 2013-2015 yang tertangguh petang semalam disambung bermula jam 8.40 pagi tadi selepas sesi taklimat ringkas oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi.
Seramai 1,129 perwakilan membuang undi yang melibatkan pemilihan 18 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pagi ini. Semalam, pengundian yang dibuat hanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS.
Pengiraan undi bagi jawatan timbalan, ketua dan naib presiden dibuat malam tadi, namun akan diumumkan bersekali dengan keputusan pemilihan ahli jawatankuasa. Keputusan penuh akan diumumkan selewat-lewatnya petang ini sekitar jam 2.
- Written by Te@M I.T
-
-
Kesilapan teknikal dalam kertas undi untuk jawatan Ajk PAS yang menyebabkan pengundian untuk jawatan berkenaan yang berlangsung selama sejam dihentikan semalam dan disambung pagi ini sesuatu yang memalukan dan membuang masa. Ia juga satu sejarah baru kepada Pas.
|
Takiyuddin: perlu jelaskan. |
Kejadian itu juga mencacatkan muktamar kali ini yang kononnya hendak melakukan perubahan teknikal di dalam muktamar yang melibatkan proses pemilihan parti. Penolong Setiausaha Agung yang juga merangkap Pengarah Muktamar, Takiyuddin Hassan sebelum ini membuat kenyataan bahawa muktamar kali ini ada sedikit kelainan.
Apakah kelainan yang disebut itu ianya bersangkutan dengan penangguhan pengundian jawatan AJK semalam disebabkan kesilapan teknikal di kertas undi?
Muktamar kali ini bukan saja cacat kerana kesilapan teknikal itu tetapi menyebabkan ia akan ditanggapi dengan berbagai tanggapan negatif. Pihak luar khasnya SPR yang sebelum ini dikecam pembangkang termasuk Pas kerana gagal berfungsi dengan baik sudah pasti akan mentertawakan Pas (ha ha ha) kerana untuk meng
handle pengundian seramai tidak sampai 2,000 pun menjadi kalut. Teruskan baca
disini
Keputusan pemilihan PAS diumum petang ini
Keputusan pemilihan PAS dijangka diumumkan petang ini selepas pengiraan undi hanya akan dimulakan pagi ini selepas berlakunya kesilapan dalam kertas undi untuk jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat semalam, kata sumber parti itu.
Menurut sumber itu, Jawatankuasa Pemilihan mengambil keputusan untuk membuat pengiraan pagi ini selepas pengundian untuk jawatan AJK PAS Pusat semalam terpaksa dibatalkan berikutan masalah teknikal.
Pengundian untuk AJK PAS Pusat terpaksa dijalankan semula pagi ini ekoran kesilapan dalam kertas undi, tetapi pengundian untuk jawatan Timbalan Presiden dan tiga kerusi Naib Presiden akan masih diguna pakai.
Posted by Arijal at 19:30
No comments:
Post a Comment