PRK N20 Sungai Limau - Terima Kasih Ustaz Azhar Idrus..
Semua kita dah tahu keputusan siapa yang menang dalam PRK Dun Sungai Limau - Nak tunggu pengumuman TV3 atau RTM tak ada dah pun,, macam tak ada PRK pula....cuma Astro Awani 7.45 umum BN menang secara tak rasmi majoriti 500 lebih..
Rasanya tindakan Pengarah PRK Dun Sungai Limau dengan menjemput Uztas Azhar Idrus disaat-saat akhir ada faedah dan kesannya buat pengundi muda... Keupayaan UAI menarik minat golongan muda tak ada sesiapa pun boleh pertikaikan..
Mesra nampaknya UAI dengan Haji Mat Sabu,, siap nak bergambar bersama-sama dgn Mat Sabu,,,,, Habis la UAI lepas ni kena label apa pulak lepas ni oleh geng El Haraki dan Ulama Pemimpin Kami ....
masam dan sedih aja pegawai SPR,,,, tak adalah habuan.... silap-silap claim tuntuan bertugas pun tak dapat....
Posted by Manjungmari
Lebih 5000 Rai Kemenangan Pas Di Sg. Limau
YAN - Lebih 5,000 penyokong termasuk pemimpin parti Pas pelbagai peringkat berkumpul di pusat penjumlahan undi yang berlangsung di SMA Yan, di sini, malam tadi.
Kehadiran mereka yang ternyata gembira sekali gus meraikan kemenangan calon Pas, Mohd Azam Abd Samat yang menewaskan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK Dun Sungai Limau.
Sejurus keputusan diumumkan kira-kira jam 9 malam oleh Pengurus Pilihan Raya Negeri, penyokong yang hadir melaungkan kalimah takbir "Allahuakhbar".
Mohd Azam mendapat kemenangan dengan jumlah undi sebanyak 12, 069, manakala Ahmad Sohaimi mendapat 10, 985 dengan majoriti 1, 084 undi.
Dengan keputusan itu, menjadikan Mohd Azam sebagai Adun Sungai Limau menggantikan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.
Posted by Jeebond BLM
No comments:
Post a Comment