Parlimen: Dua Usul Potong Elaun Dan Gaji Ditolak
KUALA LUMPUR, 15 Nov. : Persidangan Dewan Rakyat pada Khamis menolak dua usul berkenaan pemotongan gaji ke atas jawatan beberapa orang Duta Khas dan Penasihat Khas yang dilantik kerajaan.
Usul pertama yang dibawa Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) ialah usul untuk memotong elaun yang dibayar kepada tiga bekas menteri yang kini dilantik sebagai Duta Khas yang keseluruhannya berjumlah
Sim Tze Tzin
Mereka ialah Datuk Seri Jamaluddin Jarjis yang dilantik sebagai Duta Khas ke Amerika Syarikat, Tan Sri Ong Ka Ting (Duta Khas ke China) dan Datuk Seri S. Samy Vellu (Duta Khas ke India).
Usul kedua pula dibawa Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) yang mencadangkan supaya gaji lima penasihat khas kepada kerajaan di Jabatan Perdana Menteri dipotong kerana pelantikan mereka bertindih dengan fungsi menteri dan kementerian sedia ada, serta membazirkan wang rakyat.
Bagaimanapun, Fuziah telah memberikan fakta-fakta yang salah tentang mereka dengan mengatakan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil adalah Penasihat Khas Hal Ehwal Wanita, Datuk Seri Noh Omar (Pengerusi untuk negeri Selangor), Datuk Seri Johari Baharom (Penasihat Wilayah Koridor Utara) dan Tan Sri Dr Rais Yatim (Penasihat Khas Sosial dan Kebudayaan) dan Hasbi Habibollah, penasihat pembangunan Sarawak.
Fuziah Salleh
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim ketika menggulung perbahasan usul kedua itu berkata usul itu ditolak kerana fakta yang dikemukakan Fuziah adalah salah.
Katanya, sebagai contoh, jawatan sebenar Shahrizat ialah Penasihat Pembangunan Keusahawan dan Iktisas Wanita dan bukan Penasihat Hal Ehwal Wanita seperti yang disebut Fuziah.
Katanya, jawatan sebenar Noh pula ialah Pengerusi Tindakan Persekutuan Selangor manakala Johari (Penasihat Khas kepada Perdana Menteri untuk Wilayah Koridor Utara), Hasbi adalah Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak dan Rais adalah Penasihat Khas Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan.
Fuziah mendakwa keseluruhan bayaran gaji kepada lima orang penasihat itu berjumlah RM1.6 juta setahun.
Bagaimanapun, kedua-dua usul itu ditolak setelah Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee membuat undian secara lisan yang menyaksikan lebih suara menolak daripada menyokong.
Ketika menggulung perbahasan untuk usul pertama, Razali berkata pemberian elaun kepada ketiga-tiga duta khas itu adalah berdasarkan perjanjian yang ditandatangani setelah pelantikan dikuatkuasakan pada tahun 2011.
“Dalam perjanjian itu ada dinyatakan bahawa semua duta khas yang dilantik diberi penawaran (elaun) dan balasan sewajarnya berdasarkan tugasan yang diberi.
“Sama ada mereka mahu menerima (elaun) ataupun tidak, mereka mempunyai hak, (namun) perjanjian telah ditandatangani,” katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment