Kisah 23 orang Remaja Hilang Di "Villa Nabila"
Published on Nov 17, 2013
Pegawai Polis menerangkan kisah kehilangan 23 orang remaja dan hanya 7 dikatakan selamat keluar daripada Villa Nabila.
Pintu Masuk Villa Nabila pada pukul 6.30 Pagi tadi
Kawasan Villa Nabila ketika siang
Gempar hari ini apabila sekumpulan anak muda dilaporkan telah hilang di sebuah villa yang terkenal dengan cerita-cerita mistik dan seram iaitu Villa Nabila, berhampiran Danga Bay, Johor Bahru.
Ramai yang menceritakan villa tersebut telah menjadi sarang makhluk halus berikutan ditinggalkan tanpa berpenghuni.
Ada juga yang mengatakan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun telah dibunuh dan ditanam di dalam dinding villa berkenaan oleh orang gaji keluarga kanak-kanak itu suatu ketika dulu.
Namun, pada 16 November 2013, dilaporkan sekumpulan remaja yang dipercayai memberanikan diri untuk menjejak makhluk ghaib ala "seekers" .
Daripada 30 orang yang memasuki Villa Nabila tersebut, hanya 7 orang yang dapat keluar.
Setelah kejadian tersebut, polis menerima laporan daripada mangsa pada hari berikutnya. Anggota polis dan bomba sampai ke tempat kejadian namun dikatakan masih belum menemui mangsa-mangsa yang hilang.
Menurut sumber, polis dan bomba yang menjalankan operasi pengesanan remaja yang hilang menemui jalan buntu walaupun dengan bantuan anjing pengesan.
Namun apa yang menjadi misteri, ada yang mendengar suara meminta tolong daripada kawasan villa tersebut.
Sehingga pagi ini, 18 November 2013, kesemua mangsa yang dilaporkan hilang masih belum dijumpai dan dikhuatiri telah sembunyikan oleh jin dengan izinNya.
Doakan keselamatan mereka semoga dalam perlindungan yang Maha Berkuasa.
2 daripada 7 remaja yang terselamat
Antara Versi Pelbagai Kisah Villa Nabila yang tersebar:
Versi 1 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bahagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi pertama di atas adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut.
Versi 2 - Versi ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.
"Wanita, Norhayati Mohamad, 38 tahun, membuat laporan polis, anaknya, Mohamad Izzat Izzudin, 16 tahun, keluar dari rumah dan tidak pulang sejak Sabtu lalu.
Awal pagi tadi, ibu itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan," lapor Zulhazri.
"Terdapat maklumat mendakwa kononnya Izzudin dilihat masuk ke Villa Nabila bersama 30 rakan pada jam 4 pagi Ahad lalu.
Bertindak secara proaktif, hasil daripada maklumat disalurkan itu, polis serta kakitangan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru telah melakukan pemeriksaan di setiap ruang di Villa terbabit, di antara jam 3.30 pagi dan 5.30 pagi tadi.
Saya kemudian menghubungiPemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd. Samad Salleh, beliau menafikan berita kehilangan 23 individu itu," jelas Zulhazri.
Update terkini daripada admin mister Villa Nabila, 22 berjaya ditemui! Tinggal satu lagi belum dijumpai.
Nampaknya kronologi kes ini semakin jelas. Apa yang dilaporkan media arus perdana sebelum ini memang benar iaitu seorang yang hilang.
Namun, mungkin untuk meredakan suasana, laporan 22 orang ini disorokkan? Nantikan update seterusnya
Posted IdaMan
MISTERI Villa Nabila
Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.
Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.
Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.
Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lelki ni, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi #6 - Versi terakhir ni
Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Masa aku dengan Adan ke villa ni dulu pun agak meremang jugalah segala bulu yang ada. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok. Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat kawasan hutan.
Walaupun gambar yang aku simpan ni dah berusia 3 tahun, tapi aku baru terperasan satu lagi gambar yang nampak macam ada ‘sesuatu’ kat dalam gambar tu. Cuba korang tengok gambar dalam bulatan kat atas tadi. Bandingkan dengan gambar kat atas yang pada asalnya tak ada pun kat tingkap tu.
Silap kamera? Mungkin juga tapi macam agak mustahil.
Kawasan yang berhantu semestinya ada gangguan. Ada yang masuk ke kawasan villa tu tapi secara tiba-tiba enjin kereta mati dan ada sesuatu ketuk-ketuk kat bahagian atas kereta. Ada juga yang tetiba dengar lagu lama dari radio. Macam-macam juga pengalaman diorang dapat dek nak menguji tahap keberanian masing-masing.
posted in CHRISTINE PALACE
No comments:
Post a Comment