Rakyat berhimpun bagi menyatakan bantahan kerana kenaikan cukai ini ternyata membebankan rakyat
bantah2013Kira-kira 1,000 penduduk yang tinggal di ibu negara Kuala Lumpur berhimpun di dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan mendadak itu.
Himpunan turut disertai Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Nurul Izzah ketika ditemui selepas himpunan berkenaan menyatakan DBKL perlu menyemak semula kadar cukai taksiran yang bakal dikenakan itu kerana kenaikan berkenaan menekan rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di Kuala Lumpur.
“Lebih 20,000 surat bantahan termasuk dari Parlimen Lembah Pantai iaitu lebih 3,000, Parlimen Batu lebih 5,000 dan selebihnya dari kawasan lain dihantar ke pihak DBKL bagi menyatakan bantahan ke atas kenaikan cukai ini,” katanya.
bantah2013 1Katanya, Belanjawan DBKL juga perlu dibentangkan di Parlimen bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan kerana selama ini masyarakat khususnya di Kuala Lumpur tidak mengetahui peruntukkan yang digunakan oleh DBKL sepanjang tahun.
Bagaimanapun, surat bantahan berkenaan hanya dapat diserahkan di kaunter di tingkat bawah DBKL, dengan tidak mengendahkan laungan tuntutan orang ramai yang mahukan Datuk Bandar Kuala Lumpur turun mengambil surat bantahan itu.
Sementara itu, Tian Chua berkata, DBKL perlu memandang serius bantahan rakyat demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.
“Rakyat berhimpun bagi menyatakan bantahan kerana kenaikan cukai ini ternyata membebankan rakyat, untuk mengelakkan rakyat lebih berasa marah, DBKL perlu melakukan sesuatu terhadal bantahan ini,” katanya.
Orang ramai mula bersurai pada pukul 11.45 pagi sejurus semua borang bantahan diberikan kepada pihak DBKL.
[ PRU14 - Realisasikan Negara Berkebajikan ] ... ALLAHU AKBAR !!!
No comments:
Post a Comment