Pages

Monday, 30 December 2013

Ancaman Bom: Rafizi Lapor Polis Terhadap Blogger UMNO The Unspinners dan The Flying Kick...

Selasa, 31 Disember 2013
Lapor Polis Terhadap Blogger UMNO
Blog The Unspinners dan The Flying Kick di Balai Polis Tropicana


Emel Ancaman Bom: Rafizi Lapor Polis Terhadap Blogger UMNOPengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, hari ini membuat satu laporan polis terhadap pengendali blog Umno yang menyebarkan e-mel palsu hingga mampu mengugat ketenteraman dan keselamatan negara.

Laporan polis itu dibuat antaranya terhadap pengendali blog The Unspinners dan The Flying Kick di Balai Polis Tropicana di sini, sejurus Rafizi mengadakan sidang medianya di ibu pejabat PKR kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi.

Laporan itu juga dibuat bagi menguji keikhlasan dan keadilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keselamatan negara seperti mana tindakan pantas dan tegas yang diambil polis terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan komen orang ramai yang tidak disenangi kerajaan di laman sosial Facebook.

Sebelum itu, ketika mengulas isu sama Rafizi dalam sidang medianya berkata, beliau juga akan membawa kes berkenaan pada setiap persidangan Dewan Rakyat begi memberi tekanan kepada pihak berkuasa sehingga pengendali blog Umno terbabit disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang.

“Saya syak ini satu perencanaan terancang untuk membina persepsi kononnya ada plot menggulingkan kerajaan menjelang 31 Disember ini.

“Rencana di blog yang memaparkan e-mel palsu yang direka itu menuduh kononnya saya terbabit dalam plot untuk menanam bom di beberapa tempat di Kuala Lumpur dengan bertujuan mencetuskan suasana huru-hara.

“Penyebaran berita palsu itu boleh menjejaskan ketenteraman awam dan mewujudkan panik di kalangan orang ramai dan ia adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Ia jelas melanggar undang-undang dan merbahaya,” katanya.

Rafizi berkata, soalan yang bakal dikemukan di Dewan Rakyat nanti akan terus ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara selagi pengendali blog pro-Umno, The Unspinners dan The Flying Kick tidak diheret ke muka pengadilan.

Katanya, sebelum ini PDRM dilihat begitu tegas terhadap perkara kecil seperti komen anak muda yang tidak berpengaruh di Facebook, sebaliknya sehingga kini tidak memanggil pengendali blog Umno yang secara terang melanggar undang-undang negara dengan menyebarkan berita palsu dengan tujuan mewujudkan suasana huru-hara.

“Jika PDRM hanya menyiasat saya dan bukan dalang di belakang e-mel palsu dan blogger yang menyebarkan berita palsu itu, jelas menunjukkan PDRM hanya menjadi alat kepada Umno bagi tujuan politik Umno,” katanya.

Rafizi mendakwa, propaganda menggulingkan kerajaan itu adalah satu taktik untuk mengalihkan perhatian daripada pelbagai kegagalan Barisan Nasional (BN) khususnya dalam isu kenaikan kos sara hidup rakyat. -selangorku

ULASAN GB

Kita doakan kejayaan Rafizi dan semuga blogger UMNO yang memfitnah itu akan dihukum..

Hukum kebenaran dan keadialan akan tetap berjalan sekalipun jika polis enggan bertindak ke atas blogger berkenaan.
Posted By Greenboc

No comments:

Post a Comment