Pages

Monday, 2 December 2013

BARU KAZIM TAHU ERTI MALU? Belum lagi difitnah seks seperti Anwar, Azmin, dan Mustafa Ali!...

Selasa, 3 Disember 2013
Sabar ye ustaz, DSAI lg teruk ustaz.. bukan anak bini yg malu.. TILAM pun malu ustaz.. diusung ke hulu ke hilir...

Sama juga Tuan Guru Nik Aziz... dihina, dimaki siang malam oleh media arus perdana kerajaan dan media-media sosial.. TAPI TGNA 'steady' jer..

Semoga ustaz tabah lalui semua dugaan ini..
Malu ustaz kt fb jer.... Bukannya malu di media massa arus perdana pun.. Malah glamour lagi satuuuu malaysia!!
 — with Paksu Farid
Buletin Pakatan Rakyat

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

BARU KAZIM TAHU ERTI MALU?

MAKA, Si Kazim pun menagih simpati kononnya keluarga beliau terasa teramat malu bila mana beliau dikutuk oleh orang ramai sejak ustaz cari makan ini dilamar oleh parti sekular peninggalan penjajah itu.

Aku ingatkan keluarga beliau merasa bangga bila mana ustaz ini dengan mudah dapat duduk di dalam MT, sedangkan ada MB yang tak dapat pun duduk di situ.  Si Kazim dapat mudah hanya dengan kutuk PAS dan Anwar cukup.  Kita tak lupa bila pemimpin rejim yang memerintah sekarang saban waktu mengaibkan Anwar dengan fitnah seks, si ustaz upahan ini menjadi syaitan bisu.  Sedikit pun kelakuan pemimpin parti sekular dan sekutu Apco itu tidak ditegurnya.  Begitu juga bila mereka menuduh PAS adalah parti sesat, Syiah, Wahabi dan sebagainya, ustaz upahan yang sampai sekarang mengaku masih menjadi ahli PAS itu senyap seribu bahasa umpama ular kekenyangan.

Sekarang si ustaz ini meroyan macam orang gila mengapa?  Baru kena kutuk dan sindir sikit oleh orang ramai sudah tak tahan?  Belum lagi difitnah seks seperti Anwar, Azmin, Mustafa Ali atau seperti Us Dr Badrul Amin lagi yang saban malam disiarkan melalui TV3 suku dan Utusan meloya.  Adakah mereka tiada keluarga yang merasa aib dengan fitnah tersebut?  Adakah kamu saja wahai Kazim yang ada keluarga yang tahu malu?  

Inilah balasan Allah terhadap sikap hipokrit kamu selama ini.  Sanggup jadi syaitan bisu demi jaga hati pemimpin pujaan kamu yang kaki fitnah itu.  

No comments:

Post a Comment