PERHIMPUNAN GULING KERAJAAN - GAMBAR YANG DITUNJUKKAN OLEH POLIS TIADA DI INTERNET
Keributan kononnya terdapat satu perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada malam 31 Disember di Dataran Merdeka adalah mengejutkan.
Amat diragui dari mana pihak polis mendapat gambar individu berkenaan tetapi tidak dapat mengesan orangnya.
Berdasarkan pengalaman, sesuatu gambar boleh dicari puncanya jika ia pernah disiarkan di internet. Sumber asal gambar itu boleh dicari dengan menggunakan khidmat percuma di internet.
Peliknya gambar yang ditunjukkan oleh polis tiada dalam carian internet.
zero face found
Maka timbul persoalan dari mana pihak polis mendapat gambar tersebut.
Labun kononnya perhimpunan untuk guling kerajaan bukan cerita baru. Labun ini sudah dimainkan pak menteri sejak Bersih 2.
Kenyataan Polis yang perlu diberi perhatian,
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut kerana jika ia benar (himpunan), mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124 C Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
"Kita melihat perkara ini sebagai satu ancaman serius kepada negara. Kita akan pantau dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat," katanya.
Kepada yang bakal menyertai perhimpunan tersebut sila berhati-hati kerana seperti biasa musuh akan turut bersama dalam perhimpunan tersebut bagi merosakkan matlamat. Mereka akan membuat onar dan kesalahan akan diletakkan di atas bahu penganjur.
Oleh kerana perhimpunan ini bukan perhimpunan politik, maka ada kemungkinan orang umno juga akan turun bersama. Seboleh-bolehnya elakkan daripada bersama mereka. Jauhilah meraka. Ingat macai boleh jadi apa sahaja.
No comments:
Post a Comment