BACA DI SINI: Pasangan muda berkahwin belum cukup setahun akhirnya bercerai talak 3!
Hari ini akhbar Sinar Harian melaporkan ....
Jadi maksudnya, sebelum kahwin gadis ini mendakwa dia dirogol oleh 3 orang lelaki. Salah seorang lelaki itu adalah bekas suaminya. Kemudian dakwaan itu digugurkan sebelum dia dikahwinkan untuk menutup aib. Namun selepas berkahwin, dia tidak mendapat layanan yang sewajarnya daripada bekas suami. Kemudian dia diceraikan.....???
Apa maksud layanan yang sewajarnya?
Menurut bapa kepada gadis tersebut, anaknya mengatakan dia kerap ditampar dan dipukul serta tidak diberikan makanan oleh keluarga mertua. Anaknya juga pernah mengadu ingin bercerai sekitar bulan Oktober kerana tidak mampu bersabar dengan layanan mertuanya.
Menurut bapa gadis tersebut juga, keluarga mertua anaknya juga pernah berjanji akan memberi kebenaran kepada Nur Fariza untuk terus bersekolah namun ia berlaku sebaliknya.
Menurut bapa kepada gadis tersebut, anaknya mengatakan dia kerap ditampar dan dipukul serta tidak diberikan makanan oleh keluarga mertua. Anaknya juga pernah mengadu ingin bercerai sekitar bulan Oktober kerana tidak mampu bersabar dengan layanan mertuanya.
Menurut bapa gadis tersebut juga, keluarga mertua anaknya juga pernah berjanji akan memberi kebenaran kepada Nur Fariza untuk terus bersekolah namun ia berlaku sebaliknya.
Ini cerita daripada sebelah pihak perempuan. Bagaimana pula cerita sebelah pihak lelaki?
Menjadi isteri pada usia 12 tahun |
Sumber
Jabatan Peguam Negara Buka Semula
Kes Rogol Remaja 12 Tahun
[Mstar] PUTRAJAYA: Kertas siasatan untuk menyiasat dakwaan rogol seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang berkahwin dengan lelaki yang didakwa merogolnya dan bercerai setahun kemudian telah dibuka semula oleh polis susulan permintaan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, beliau membuat permintaan itu kepada polis selepas mengambil kira keprihatinan orang awam terhadap isu itu.
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan sama ada kes itu akan dibicarakan hanya akan diumumkan minggu depan selepas AGC menerima penemuan polis.
"Saya telah meminta siasatan lanjut dilakukan dan saya memberi polis tempoh selama seminggu untuk memaklumkan kepada saya," kata Abdul Gani pada sidang media di sini, Isnin.
Kes berkenaan mula mendapat perhatian selepas penceraian pasangan muda itu pada November mendapat liputan meluas media, dan bapa remaja perempuan itu membuat kenyataan media bahawa anaknya menjadi mangsa rogol sebelum berkahwin.
Remaja itu dinikahkan pada bulan November tahun lepas setelah mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim.
Beberapa hari selepas penceraian, bapa gadis itu dilaporkan berkata bekas suami remaja itu dan dua kawan lelakinya telah memperkosa anaknya empat bulan sebelum pernikahan, dan kes itu pernah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012.
Menurutnya laporan itu ditarik balik selepas dia didatangi bapa lelaki berkenaan yang merayu supaya laporan ditarik balik.- 3/12/13
No comments:
Post a Comment