Pages

Sunday, 15 December 2013

JAKIM Tiada Kuasa Menahan Mat Sabu ! "Terlondeh Lagi...Zahid..Zahid".

Ahad, 15 Disember 2013
Jakim hanya bantu Majlis Agama Islam Negeri

Zahid Terlondeh Lagi, JAKIM Tiada Kuasa Menahan Mat Sabu !

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan segala bentuk penguatkuasaan dan tindakan undang-undang berhubung kesalahan syariah adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri. 

Beliau berkata, berdasarkan perlembagaan negara ini, segala isu berkaitan agama Islam adalah di bawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya membantu untuk penyelarasan di peringkat pusat.

"Untuk makluman, di bawah Jadual 9 perlembagaan negara, Islam berada di bawah negeri masing-masing, jadi segala bentuk penyelenggaraan berkaitan isu agama adalah di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri.

"Ini kita tidak boleh kacau (masuk campur)...hak dan milik kuasa negeri,
" katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Zakat 2013, Sistem Talian Zakat (I-Zakat) dan pembayaran zakat syarikat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Mufti Sabah Bongsu@Aziz Jaafar semalam bahawa beliau menerima laporan mengenai 17 permohonan kahwin mutaah (kahwin kontrak) yang menjadi amalan pengikut Syiah, di daerah Papar.

Bongsu berkata hal itu menunjukkan fahaman Syiah kini sudah merebak ke kawasan luar bandar.

Sehubungan itu, Jamil Khir berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Majlis Agama Islam Negeri itu untuk bertindak menyelesaikan masalah permohonan nikah mutaah berkenaan sekaligus menangani penularan fahaman Syiah.

"Sebab saya nak ulas, nak kena tengok balik maksud nikah mutaah itu macam mana pula. Bila sebut pernikahan, undang-undang dan mahkamah adalah di bawah Majlis Agama Islam Negeri masing-masing," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata sehingga semalam, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mengutip zakat sebanyak RM397 juta berbanding RM294.4 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

"Insya-Allah, sasaran kutipan zakat sebanyak RM430 juta dengan pembayar seramai 120,000 yang disasarkan oleh PPZ-MAIWP pada tahun ini akan tercapai," katanya.

Pada majlis pelancaran itu, sebanyak 11 syarikat menyampaikan pembayaran zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP bernilai RM5.4 juta. 


- Bernama
IdaMan
Baca betul-betul apa yang Zahid Hamidi ucapkan dalam PAU13 sepertimana yang telah dilaporkan di atas,.. Merasakan dirinya sangat berkuasa, Zahid memberikan kuasa kepada JAKIM untuk menahan Mat Sabu kerana amal Syiah.

Hakikatnya ialah selain dari berjaya memperpodohkan perwakilan UMNO yang berada dalam PWTC pada hari itu, Zahid juga menyerlahkan kepada seluruh negara meskpun beliau adalah Menteri Dalam Negeri, beliau sendiri tidak faham undang-undang.

Ini kerana di bawah Jadual 9 perlembagaan negara, Islam berada di bawah negeri masing-masing, jadi segala bentuk penyelenggaraan berkaitan isu agama adalah di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri dedah Jamil Khir..
Jakim hanya bantu Majlis Agama Islam Negeri

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan segala bentuk penguatkuasaan dan tindakan undang-undang berhubung kesalahan syariah adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri.
Beliau berkata, berdasarkan perlembagaan negara ini, segala isu berkaitan agama Islam adalah di bawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya membantu untuk penyelarasan di peringkat pusat.
"Untuk makluman, di bawah Jadual 9 perlembagaan negara, Islam berada di bawah negeri masing-masing, jadi segala bentuk penyelenggaraan berkaitan isu agama adalah di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri.
"Ini kita tidak boleh kacau (masuk campur)...hak dan milik kuasa negeri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Zakat 2013, Sistem Talian Zakat (I-Zakat) dan pembayaran zakat syarikat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Mufti Sabah Bongsu@Aziz Jaafar semalam bahawa beliau menerima laporan mengenai 17 permohonan kahwin mutaah (kahwin kontrak) yang menjadi amalan pengikut Syiah, di daerah Papar.
Bongsu berkata hal itu menunjukkan fahaman Syiah kini sudah merebak ke kawasan luar bandar.
Sehubungan itu, Jamil Khir berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Majlis Agama Islam Negeri itu untuk bertindak menyelesaikan masalah permohonan nikah mutaah berkenaan sekaligus menangani penularan fahaman Syiah ~ Sinar Harian
Bodoh tu simpan siktlah Zahid.. tunjuk dekat ahli UMNO sudahlah jangan tunjuk kat seluruh rakyat Malaysia...



Bukti ikut gred: KDN macam meniaga 'teloq'



SHAH ALAM - Apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan bukti yang didedah Khamis lalu bersabit dakwaan kononnya Mohamad Sabu ahli Syiah hanya bukti gred B, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menganggap kementerian itu umpama berniaga telur.

Menurut Mahfuz yang dipetik dari laman mikro Twitter miliknya, kenyataan menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggunakan istilah gred, tidak ubah seperti berniaga telur kerana lazimnya ia digunakan dalam perniagaan itu.

"Syiah. KDN miliki bukti gred A. Macam berniaga teloq (telur) ayam. Ada macam-macam gred," ujar Mahfuz.

Ahmad Zahid hari ini berkata, tindakan selanjutnya berkaitan isu Syiah ini bukan lagi di bawah bidang kuasa kementeriannya sebaliknya ia sudah memasuki peringkat penguatkuasaan.

Khamis lalu, 10 bukti dikemukakan KDN bagi mengaitkan Mohamad atau Mat Sabu dengan Syiah kepada umum.

Bukti itu yang dikatakan hanya gred B dan selebihnya yang disifatkan sebagai gred A akan pun diserahkan kepada pihak berkuasa agama.  

Mahfuz, ahli Parlimen Pokok Sena yang terkenal dengan sikap suka berseloroh itu turut menulis dalam Twitternya, "KDN tak dak (tidak ada) gred".

No comments:

Post a Comment