Pages

Wednesday, 18 December 2013

Jawapan Gred A Mat Sabu - Aku semakin ‘harum’ dan KDN ditempelak blogger pro Umno...

Khamis, 19 sember 2013

Jawapan Gred A Mat Sabu


SINAR HARIAN: Ramai yang meletakkan persepsi apabila Tuan memilih mengagumi pemimpin yang berfahaman Syiah itu, bahawa Tuan juga sealiran dengan mereka. Adakah tuan rasa tercalar dengan dakwaan itu?

MAT SABU: Saya tidak kisah orang mahu burukkan nama saya. Tetapi hari ini apabila saya berdepan orang ramai, saya tidak nampak semakin buruk sebaliknya semakin ‘harum’.


Jika dahulu hanya segelintir sahaja yang datang bersalam dengan saya, tetapi hari ini ramai datang bersalam tidak kira Melayu, Cina, India, orang tua, muda budak kecil juga datang kepada saya. Saya berharap perjuangan untuk membawa Islam untuk semua yang cuba dibawakan akan berjaya. Sejauh mana berjaya atau tidak, saya cuba.

SINAR HARIAN: Boleh disimpulkan, bahawa mengagumi seseorang itu tidak semestinya terikut aliran yang dibawa pemimpin berkenaan, boleh tuan sahkan yang tuan berpegang teguh dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah?

MAT SABU: Ya, ya... ya saya Ahlul Sunnah.

SINAR HARIAN: Bagaimana ahli keluarga berhadapan dengan kontroversi ini termasuk yang terbaru, isu Syiah?

MAT SABU: Apabila timbul isu Syiah, media elektronik hentam saya di dalam berita mereka. Pada malam kejadian (7 Disember lalu) saya hubungi isteri saya kira-kira jam 11 malam. Dia sudah tidur.

Maknanya isteri saya tidak ambil kisah pun dan menganggap cerita yang berlaku pada suaminya sebagai siaran ulangan dan tidak susah hati dengan kontroversi itu.



ZAHID PUNYA PASAL KDN KENA GANYANG

Zaid Hamidi terus mengelupur setelah mendakwa orang nombor dua PAS adalah penganut syiah. 10 perkara yang kononnya bukti yang menunjukkan Mat Sabu menganuti syiah lebih kepada tuduhan bukan bukti.

Tiada satu perkara pun yang dinyatakan oleh KDN boleh dikategorikan sebagai bukti. Kesemuanya adalah berbentuk tuduhan.

Bukan sedikit orang yang mengkritik KDN setelah mendedahkan apa yang mereka dakwa sebagai 'bukti'

Selaian para blogger dan facebooker pro PR, KDN juga ditempelak oleh blogger pro umno sendiri. Ada blogger yang berasa malu dengan 'bukti' yang dikeluarkan oleh KDN.

Husam Musa menyifatkan KDN sebagai badut sarkas kerana 10 bukti yang diwar-warkan langsung tidak berupa bukti.

“Dakwaan itu menjadikan pertunjukan sarkas paling top di abad ini. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai tauke sarkas dan menjadikan pegawai Kementerian Dalam negeri (KDN) sebagai badut sarkas, bahkan selepas ini mereka boleh ronda seluruh Malaysia kerana semalam pertunjukan baru bermula di Putrajaya.

“Mereka boleh menghiburkan rakyat Malaysia yang sedang mengelamun dengan kenaikan harga barang. Selepas ini mereka boleh lupa beban kos sara hidup,”
 kata Husam Musa.

Ibrahim Ali juga tidak melepaskan peluang membelasah KDN. Sebagai seorang yang meminati Kohmeini, Ibrahim turut merasa tempias daripada 10 bukti Mat Sabu Syiah.

Ketua Syiah Kedah terang-terang manafikan Mat Sabu syiah. Setidak-tidaknya bukan syiah Kedah. Beliau mendakwa tidak pernah bertemu Mat Sabu dalam mana-mana acara syiah sepanjang 5 tahun pemerhatiannya.

Menyedari 10 'bukti' yang KDN keluarkan tidak boleh diterima pakai sebagai bukti, Zahid mencabar Mat Sabu membuktikan dirinya bukan syiah.

Paling rosak minda, entah mana dia belajar yang tertuduh perlu memberikan bukti. Tukang tuduhlah sepatutnya memberikan bukti yang realistik bagi menyokong tuduhannya.

Setelah bukti dikeluarkan oleh tukang tuduh, baharulah tertuduh perlu membela diri.

No comments:

Post a Comment