Pages

Thursday, 26 December 2013

Khabar Angin! Jepun mengeluarkan amaran TSUNAMI...gelora di Laut China Selatan berdekatan Sabah dan Brunei!

Jumaat, 27 Disember 2013
Amaran Tsunami!

Dato' Azian Haji Osman's photos



Gambar dihantar oleh seorg rakan seorg pilot helicopter, gelora di laut china selatan berdekatan Sabah dan Brunei.
Kerajaan Jepun tlh mengeluarkan amaran tsunami akan berlaku dlm 36 jam.
Wallahua'lam.
Semoga kita semua dilindungi dari bala petaka dan bencana, Amiin Ya Robbilalamin



Jepun sudah mula keluar amaran tsunami yang bakal melanda dalam tempoh 36 jam!



Sekeping foto sedang tersebar di laman Facebook yang mendakwa foto tersebut adalah gambar laut yang sedang bergelora di lautan Brunei.

Penyebar gambar tersebut juga mendakwa gambar tersebut diambil oleh kru helikopter.

Beliau turut mendakwa kerajaan Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami akan melanda dalam masa 36 jam.

Kemudia dari laman Twitter pula beberapa mesej bergambar pula tersebar mengenai gempa berukuran 4.9 skala ricther berdekatan lahad datu.

Masih belum ada kesahihan mengenai berita ini.

Melalui laman web Agensi Meteorologi Jepun pula, masih tiada amaran tsunami dikeluarkan.



AWAS!!! Gelora di laut china selatan berdekatan Sabah dan Brunei.Kerajaan Jepun mengeluarkan amaran tsunami

Written By canang on Jumaat, 27 Disember 2013 | 12/27/2013 07:52:00 PG



Gambar dihantar oleh seorg rakan seorg pilot helicopter, gelora di laut china selatan berdekatan Sabah dan Brunei.
Kerajaan Jepun tlh mengeluarkan amaran tsunami akan berlaku dlm 36 jam.
Wallahua'lam.
Semoga kita semua dilindungi dari bala petaka dan bencana, Amiin Ya Robbilalamin.
pix was sent by my pilot fren. Gelora dilautan Brunei.
Ia tengah hantar crew and snapped the pix from helicopter.

Japanese alerted that tsunami within 36hrs.

So siapa2 kan planning kelaut sebaiknya tah cancel. TV3 keluarkan amaran ribut besar di Sabah dan Labuan.

Kawan2 mohon bersama2 doa utk keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan Allah SWT dari sebarang malapetaka dan bencana.

Amaran tsunami yang dikeluarkan agensi Jepun hanya khabar angin

Kejadian tsunami yang melanda Acheh dan Jepun masih menjadi igauan ngeri masyarakat dunia. Gambar fail.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran akan berlaku tsunami dalam tempoh 36 jam di kawasan Borneo sebagaimana yang tersebar di laman sosial.

Menurut jurucakap Pusat Amaran Awal Tsunami Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, selain tidak mengeluarkan amaran tsunami, JMA tidak mengesan sebarang gempa bumi yang boleh mencetuskan tsunami.

"Kita telah periksa dengan JMA, mereka tidak ada keluarkan apa-apa amaran sama ada (mengenai) tsunami atau gempa bumi," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan hujan lebat dan angin kencang di Sabah ketika ini mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai yang mengaitkannya dengan kejadian tsunami.

Sementara itu, Pengarah Meteorologi Sabah Abdul Malek Tussin berkata pihaknya juga tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.


"Sayapun tak faham macam mana cerita begini boleh timbul," katanya.

Khabar angin bahawa tsunami akan berlaku di Borneo dalam tempoh 36 jam tersebar di laman sosial susulan sekeping gambar laut bergelora, kononnya diambil di kawasan perairan Brunei, dimuat naik di laman sosial termasuk Facebook.

Ia mencetuskan panik dalam kalangan penduduk Sabah, yang turut meluahkannya menerusi media sosial. - Bernama, 26 Disember, 2013.

No comments:

Post a Comment