Pages

Tuesday, 3 December 2013

Jual rebung ganti MyKad: Kaji naik denda MyKad hilang (Solutionnya kena kat rakyat jugak)

Rabu, 4 Disember 2013
REBUNG MADU KUNING PENGUBAT PENYAKIT HATI
Patutlah permintaan sekarang meningkat, rupanya serat rebung madu warna kuning ni org guna utk penyakit hati. Alhamdulillah syukur pada Allah. Amin.
Fb Buluh Rebung Madu

Berita Arkib
Nenek Keliru Umur Di MyKad Jadi 15 Tahun (2 gambar)
http://speakerpecah.blogspot.com
KANGAR - Mungkin kejadian ini adalah pertama kali berlaku di Malaysia selepas seorang nenek yang pada asalnyadilahirkan pada 1896 mendapati MyKad miliknya menjadi 1996.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pemilik MyKad yang bernombor 960412-02-0058Puan Binti Ahmad, dikatakan telah berumur 115 tahun sekali gus menjadi penduduk tertua di Perlis, tetapi akibat kekeliruan itu, ia terus menjadi 15 tahun. 
http://speakerpecah.blogspot.com
Puan yang menetap di Kuala Sanglang telah mempunyai empat anak berusia antara 58 hingga 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, dilaporkan bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-16 pada 12 April ini ekoran kekeliruan tersebut.

Jual rebung ganti MyKad

Oleh Rashidi Karimam@hmetro.com.my

Beliau bekerja mencari rebung, ditemani bapanya, Ahmad Salleh, 52, hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis di Bangunan Persekutuan di sini, memohon mendapatkan Mykad baru, sejak jam 8 pagi.

Dia kini hidup tanpa sebarang dokumen pengenalan diri akibat kehilangan Mykad untuk kali pertama kerana ketiadaan wang membayar denda dan terpaksa menanggung risiko jika ditahan pihak berkuasa.

Katanya, JPN memberi kelonggaran mengurangkan jumlah denda sebanyak RM60 berbanding RM100 yang ditetapkan bagi mengeluarkan Mykad baru tetapi jumlah itu besar dan tidak mampu dijelaskan akibat kemiskinan.

“Denda dikurangkan selepas saya dan bapa mendapat bantuan daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis (SUK) dan salah seorang penghulu di situ mengeluarkan surat kepada JPN supaya dikecualikan bayaran denda.

“Bagi kami, RM60 adalah besar dan saya bersama bapa hanya mempunyai wang untuk tambang bas dan minum untuk hadir berurusan kali kedua dengan JPN,” katanya yang menetap di Batu 18, Jalan Kangar-Padang Besar, berhampiran Sungai Chuchoh, dekat sini.

JPN menetapkan peraturan denda RM100 bagi kes kehilangan Mykad kali pertama, manakala bagi kehilangan kali kedua (RM200) dan untuk kali ketiga dan seterusnya, denda dikenakan ialah RM300.

Pengecualian denda kehilangan MyKad akan diberikan kepada sesiapa yang kehilangan dokumen itu akibat dirompak, diragut atau menjadi mangsa kejadian bencana alam dengan mengemukakan laporan polis.

Mohd Ridzuan dan bapanya yang tidak memiliki kenderaan terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer dari stesen bas di sini ke pejabat JPN sebelum pulang hampa kerana gagal mendapatkan pengecualian denda bagi mendapatkan MyKad baru.

“Saya dan bapa sudah membelanjakan RM20 untuk membayar tambang bas dan makan ketika hadir berurusan di JPN. Wang yang tinggal hanya cukup untuk tambang bas pulang ke rumah,” katanya.

Katanya, beliau sebelum ini diminta menjelaskan RM100 sebagai denda untuk menggantikan MyKad yang hilang ketika hadir bersama bapa di pejabat JPN, Jumaat lalu.

“Hari ini (semalam), saya ingat tidak dikenakan denda kerana mempunyai surat sokongan daripada SUK tetapi anggapan saya meleset dan tetap diminta menjelaskan denda walaupun jumlahnya dikurangkan kepada RM60 berbanding RM100 pada Jumaat lalu,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pegawai JPN Perlis ketika ditemui selepas urusan Mohd Ridzuan berkata, pengecualian denda hanya kepada kes tertentu termasuk bencana alam dan yang lain dikenakan denda berdasarkan kekerapan kehilangan dokumen berkenaan.

Kaji naik denda MyKad hilang

Seremban: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengkaji semula kadar denda bagi mengurangkan kes kehilangan kad pengenalan atau MyKad di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran JPN Bahagian Operasi, Mohd Yazid Ramli, berkata kadar sekarang sebanyak RM100 bagi kehilangan kali pertama, kedua RM200, manakala ketiga dan seterusnya RM300 tidak dapat membendung gejala kehilangan itu. 

Katanya, dari Januari hingga Oktober lalu, sebanyak 565,157 kes kehilangan MyKad dilaporkan dan jumlah yang tinggi itu boleh memberikan kesan negatif terutama jika dokumen berkenaan jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab. 

“Kita juga mungkin akan mengetatkan cara mendapatkan semula MyKad yang hilang atau menjalankan semakan lebih terperinci bagi setiap kes kehilangan dokumen ini. BH

Solutionnya kena kat rakyat jugak

Assalam admin.. tlong check pasal perkara ni betol ke tidak.. baru dapat td mbe whatsapp.. lepas ni tak taw la apa lg yg kerajaan nk naikkan.. huhu.. tolong rahsiakan identity sy k..tq

No comments:

Post a Comment