Inilah 10 alasan KDN bahawa Mat Sabu Syiah... takan kutip dari Blog & CN Afghan jee..??
BUKTI KUKUH MAT SABU SYIAH KDN AMBIL DARI CN AL-AFGHANI DAN BLOGSPOT?
Walaupun disebut TG Hj Rahim Pendang kata Mat Sabu syiah pasai dia sendiri pernah tengok sendiri Mat Sabu solat dan sujud atas batu kecil leper macam orang syiah, tapi sumbernya takkan cedok dari blogspot ja kut? Jangan-jangan dari blog setaraf blog papagomo ja...
AstroAwani melaporkan:
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi mengesahkan "orang nombor dua PAS" yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengikut fahaman Syiah adalah Timbalan Presiden parti Islam itu, Mohamad Sabu.
Dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini, Abdul Rahim berkata kenyataan itu adalah berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh KDN termasuk keterangan daripada Mohamad sendiri. - AstroAwani.
Kat bawah ni aku riongkaskan 10 bukti tu:
- Pernah gesa contohi pimpinan politik berdasarkan cara Imam Khomeini.
- Kagum dengan kepimpinan dan perjuangan Khomieni yang banyak mencorakkan kepimpinannya.
- Gunakan pendekatan Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk penganut kristian sambut krismis.
- Terumarah AntaraPos dengan Aidid Ghazali, Timbalan Presiden Jati yang kata Mat Sabu ikon syiah.
- Secara terang-terang puji Satiausaha Agung Syiah Lubnan dan mengaku selalu bersama isteri dia jumpa Sayyed Hassan Nasrallah.
- Pernah melawat sebuah masjid syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand serta melawat pemimpin syiah di sana.
- Beberapa kali hadir kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah oleh yang mengajar di sebuah sekolah agama di Gunung Semanggol.
- Temuramah oleh Ust Zamihan, CN Al-Afghani bagitau Mat Sabu kerap melawat Iran dan pernah terlibat program penghantaran pelajar Malaysia ke Iran.
- Temuramah oleh Ust Zamihan, Dr. Aziz Hanafi bagitau Mat Sabu pernah lafaskan salawat macam salawat orang Syiah.
- Dari sumber blogspot, TG Hj Abdul Rahim dari Pendang Kedah kata pernah nampak Mat Sabu solat dengan sujud atas batu kecil leper macam orang syiah.
Untuk bukti no. 7 tu tak dinyatakan sapa 2 orang ustaz yang dikatakan berfahaman syiah tu, apa pulak bukti yang kata 2 ustaz tu syiah dan bila pulak dia didakwa atau diambik tindakan oleh JAIP atau Jakim atau mana-mana mahkamah.
Untuk bukti no 9 tu aku berminat nak dengar komen dari Ust Aziz Hanafi sendiri. Kalau takat "Abdul Rahim kata Ust Zamizan kata dia dengar dari Dr. Aziz Hanafi kata bla bla bla..." tak jadi kut...
Untuk bukti no. 10 tu pulak walaupun disebut TG Hj Rahim Pendang kata Mat Sabu syiah pasai dia sendiri pernah tengok sendiri Mat Sabu solat dan sujud atas batu kecil leper macam orang syiah, tapi sumbernya takkan cedok dari blogspot ja kut? Jangan-jangan dari blog setaraf blog papagomo ja...
Sumber: Bukti kukuh Mat Sabu Syiah KDN ambil dari CN Al-Afghani dan blogspot? | Cenangau Daunkari http://cenangau.blogspot.com/2013/12/ukti-kukuh-mat-sabu-syiah-kdn-dari-blogspot.html#ixzz2nHV0D1FC
Follow us: @cenangau on Twitter | CenangauDkari on Facebook
No comments:
Post a Comment