Pages

Monday, 2 December 2013

Panas! TEMPAT SEJARAH CANDI LEMBAH BUJANG dimusnahkan? (Candi Sungai Batu site 11)

Selasa, 3 Disember 2013
TERHOT ! KERAJAAN TALIBAN DI KEDAH TIDAK MESRA SEJARAH. #kedahamanmakmur
"Kalau masjid diroboh baru orang nak bising".

"Tak ada beza dengan Taliban yang merobohkan kuil".

"Kalau Angkor Wat ada di Malaysia, 50 tahun lepas sudah diratakan".

"Cubaan terancang untuk mengubah sejarah".

"Adakah ini caranya mereka mempromosikan ketuanan Melayu Islam?"

Runcing kedengaran, tetapi itulah antara komen dan pandangan rakyat tentang perobohan tapak candi Sungai Batu yang berlaku di Merbok, Kedah.

Monumen yang berusia lebih 1,200 tahun itu jauh lebih tua daripada Angkor Wat, namun kewujudannya di Semenanjung Emas tidak hanya dilupakan, bahkan sedang giat dirobohkan.

Beginilah rupa jika manusia sesat menganuti agama materialistik kewangan. Atau mungkin mereka risau akidah Muslim bakal tergugat?

Lebih mengejutkan, kerajaan negeri Kedah dengan rendah dirinya mengakui, mereka tidak punya kuasa untuk menghalang kemusnahan tapak arkeologi yang juga masih di dalam permohonan untuk mendapatkan status tapak warisan dunia Unesco oleh Badan Warisan Malaysia.

Malah, Timbalan Ketua Menteri P Pinang, Dr P Ramasamy mengesahkan, Pejabat Tanah Merbok sendiri yang memberikan tabik hormat kepada pemaju untuk membersihkan tanah itu berdasarkan tiada laporan kewujudan tapak bersejarah.

Tapak sejarah ini juga menggamit kedatangan ribuhan pelancong yang datang dari dalam dan luar negara.

Namun, di atas nama batu bata kemajuan moden, nilai sejarah bukan hanya terus merudum tetapi kini tercungap-cungap kelemasan dalam lopak ketamadunan.

Entah Tuhan apa yang mereka pertuhankan, sehingga titis sejarah yang masih tinggal kini boleh dilenyapkan oleh ketamakan manusia oleh helaian wang kertasnya. Setapak kita ke hadapan bukan bermakna beribu tapak sebelumnya boleh dibiar diperkosakan.

Sebagaimana hebohnya pelakon filem Fast & Furious mati, sepatutnya sebegitu heboh jugalah penyebaran kancah ini. Kematian warisan harta generasi akan datang ini perlu lebih terasa peritnya.

Rakyat tidak boleh termakan berita hiburan semata, tetapi harus lebih peka dengan kemusnahan nilai sejarah negara mereka. 


TERHANGAT ! TEMPAT SEJARAH CANDI LEMBAH BUJANG DIMUSNAHKAN?.....episod #kedahamanmakmur

Oleh :  Raja Ariff Danial.
Lembah Bujang in the Merbok district of Kedah has more than 50 ruins of candi or temples with Hindu or Buddhist influences like this one. — Pictures by K.E. Ooi
Candi Lembah Bujang Site 11 dirobohkan oleh pihak pemaju dengan kelulusan dari Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk projek perumahan....satu lagi warisan sejarah Melayu sebelum kedatangan Islam akhirnya musnah jua... 

Beribu-ribu tahniah....beribu-ribu tahniah Makin banyak lagilah warisan tamadun Melayu pra Islam hilang,makin giatlah pemalsu sejarah mengatakan bahawa kita adalah pendatang dan makin bebal dan bengaplah anak Melayu lepas ni.Tahniah,tahniah.... Pihak atasan Melayu cuma kerja cari duit,duit,duit....biar keturunan sendiri kaya,anak bangsa sendiri merempat sampai mampos...berpolitik nak selamatkan jawatan dalam parti ja...(tak kira yang kerajaan atau pembangkang,sama ja) Yang rakyatnya pulak tak kisah,tak peduli pasal sejarah anak bangsa.

Sibuk dok berpolitik murahan,memacaikan orang,membaca majalah gosip picisan murahan dan lain lain lagi.....Katanya;buat apa nak belajar sejarah Melayu ni...lebih penting lagi baca Sirah rasulullah s.a.w YANG HAIRANNYA,NGO INDIA YANG MEMBANTAH TINDAKAN INI,BUKAN NGO MELAYU-ISLAM.MANA DIA ANAK CUCU PEMBINA CANDI-CANDI NI SEKARANG BILA WARISAN MOYANG MEREKA DIMUSNAHKAN? 

Dan mulalah pemalsu-pemalsu sejarah ini menunjukkan taringnya.Katanya kerajaan sengaja buat semua ini kerana ingin menutup sejarah bahawa Tanah Melayu ini dahulu kononnya dihuni oleh kaum India.Candi yang dibina oleh kerajaan Melayu Langkasuka dikatakan dibina oleh Raja Chola dari Selatan India? Candi dekat Lembah Bujang dengan Sungai Merbok tu bukan Raja Rajendra Chola yang bina.Itu adalah candi peninggalan kerajaan Melayu Langkasuka. Usianya beratus tahun awal daripada armada Chola dari selatan India datang menyerang Empayar Melayu Srivijaya di nusantara. Mereka sekadar menjarah harta emas Srivijaya yang terkenal, bukannya menjajah Tanah Melayu ini apabila tidak lama kemudian, Sri Deva, mahajara Srivijaya menghalau kembali Rajendra Cholas kembali ke tanah mereka! 

Sekarang ni serius orang India pun ada sesetengah yang mula naik kepala bila memaki kononnya Melayu ini pendatang di Tanah Melayu,raja-raja Melayu termasuk DYMM Paduka Merong Mahawangsa sebagai keturunan raja lanun(ingatOne Piece ka apa?).......dah tu dengan muka tak tahu malu mengatakan candi-candi itu semua dibina oleh orang India dan merekalah yang membawa tamadun kepada orang Melayu.

 SEMUA NI POYO Apa-apapun,tahniah kepada bangsa Melayu sebab sekali lagi menghilangkan khazanah moyang mereka dari muka bumi ini.Janganlah makam-makam lama di Sungai Johor dan Perak juga menerima nasib yang sama seperti candi itu. Candi Sungai Batu site 11 dalam kenangan anak Melayu.....

Lembah Bujang in the Merbok district of Kedah has more than 50 ruins of candi or temples with Hindu or Buddhist influences like this one. — Pictures by K.E. OoiGEORGE TOWN, Dec 1 — Prehistoric ruins at an archaeological site in Bujang Valley some 1,200 years old were secretly demolished by a land developer, a Penang lawmaker said yesterday, even as Badan Warisan Malaysia seeks to list the historical spot as a Unesco world heritage site.
Confirming the matter with The Malay Mail Online, Penang Deputy Chief Minister II Prof Dr P. Ramasamy said he was shocked to discover the ruins of candi (tomb temple) site number 11 dug up from its spot near Sungai Batu and cast aside in a pile of debris.
“The candi was located at Sungai Batu and it was demolished by the developer, who is clearing the land for development, more than a month back,” he told The Malay Mail Online after he visited the site yesterday.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/centuries-old-temple-ruins-in-bujang-valley-furtively-destroyed#sthash.HzWpp3xo.dpuf

BERITA BERKAITAN :

PKR: Roboh candi Lembah Bujang macam Taliban

Perdana menteri dan menteri besar Kedah harus bersuara berhubung perobohan kawasan candi bersejarah di Lembah Bujang, yang disifatkan anggota Parlimen pembangkang sebagai "kebudayaan tak bertamadun".
N Surendran (kiri), wakil rakyat Padang Serai, berkata, seluruh negara terkejut dengan pemusnahan stuktur candi yang dibina pada abad kelapan di tapak arkeologi itu.

"Perobohan, yang dilakukan pemaju swasta, tindakan kebudayaan tak bertamadun, setanding dengan perobohan Buddga Bumiyan oleh Taliban.

"Ia amat memalukan negara kita," katanya yang juga naib presiden PKR.

Lembah Bujang, menurut Surendran, tapak arkeologi paling penting di Malaysia dan terkenal di seluruh Asia Tenggara.

"Tidak boleh difahami kerana kawasan itu tidak diwartakan sebagai tapak sejarah. 

"Bagaimanapun kerajaan persekutuan dan Kedah membenarkan perkara ini berlaku?" soalnya.
Kedahkini

No comments:

Post a Comment