Pages

Tuesday, 17 December 2013

Mat Sabu memfailkan saman fitnah kepada Zahid.. & Dilantik Pulak Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang. Semakin Sasau Laa...

Selasa, 17 Disember 2013

Mat Sabu Dilantik Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang

Ditangkap polis dan merengkok dalam lokap sudah biasa bagi Abg Mat


Abg Mat Sabu terkenal sebagai Pejuang Rakyat yang berani!

Mat Sabu Dilantik Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang

Cover photo

Selepas ini adalah pulak menteri komedi akan keluarkan bukti gred A satu Pulau Pinang telah disyiahkan oleh Mat Sabu.. Kahkahkah..

PAS melantik Timbalan Presiden Mohamad Sabu sebagai pesuruhjaya baru Pulau Pinang tetapi menafikan menyingkirkan Datuk Salleh Man dari jawatan itu, selepas pergolakan PAS negeri dengan kerajaan DAP sebelum ini.

Perkara tersebut diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat di ibu pejabat parti itu dan pengumumannya dibuat Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali petang ini.

Bercakap dalam sidang media, Mustafa menjelaskan pelantikan itu sebagai "perubahan dan ubah suai" kepimpinan PAS negeri.

"Mohamad Sabu anak Pulau Pinang, sudah biasa dengan Pulau Pinang.

(Dengan) pelantikan pesuruhjaya ini, beliau akan meneruskan kerja-kerja dalam konteks dalam Pakatan Rakyat dan pengendalian kepada kerja-kerja organisasi.

"Timbalan presiden PAS dapat membantu banyak dan menyelaras kerja-kerja (PAS) di sana," kata Mustafa.

Kecuali Pulau Pinang, semua pesuruhjaya negeri telah dilantik awal bulan ini.

Berita Yang Buatkan Zahid Hamidi Terkedu...
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan memfailkan saman fitnah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas tuduhannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 yang menuduhnya sebagai penganut fahaman Syiah.

Mohamad berkata, tindakan saman ke atas Ahmad Zahid diambil kerana kenyataan Menteri Dalam Negeri itu mencetuskan fitnah yang didasari niat jahat, menjatuhkan maruah dan integriti.


"Saya menyerahkan kepada panel peguam PAS untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Zahid di atas kenyataan beliau di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Beliau menuduh saya pemimpin Syiah dan mengaitkan Syiah adalah sesat dan mengancam keselamatan negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Ahmad Zahid juga didapati menyalahgunakan kuasa apabila beliau sebagai Menteri Dalam Negeri memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan ke atas dirinya. ~tmi

No comments:

Post a Comment