Permohonan polis ditolak memandangkan tiada keperluan dia ditahan begitu lama...
Pihak polis dilaporkan telah memohon mahkamah untuk menahan reman Sdra Azan selama tujuh hari namun telah dibantah oleh peguan yang mewakili Azan yang yang mendakwa alasan reman yang tidak munasabah iaitu tuduhan untuk mengguling kerajaan.
Peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata beliau juga menjangkakan Azan akan dibebaskan selewat-lewatnya jam 11 malam ini, apabila tempoh penahanan 24 jam itu berakhir.
"(Permohonan polis) ditolak memandangkan tiada keperluan dia ditahan begitu lama.
“Namun,terpulang pada polis kalau ada bukti cukup untuk mendakwa di mahkamah. Kita akan bela Azan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas keputusan majistret tersebut.
Katanya lagi, polis menyiasat siswa Universiti Kebangsaan Malaysia itu mengikut Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.
Azan telah ditahan di Kuala Lumpur malam tadi berhubung satu rancangan perhimpunan pada malam ambang tahun baru 2014 yang dikatakan berniat menggulingkan kerajaan.
Azan ditahan kira-kira jam 12 tengah malam tadi ketika sedang makan bersama kawan-kawannya di sebuah restoran di Kampung Baru.
Azan yang sebelum ini melancarkan Turun di hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo merancang untuk mengadakan himpunan ketika sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai protes kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan tarif elektrik akan naik sebanyak 15 peratus bermula Januari 2014. Selain itu, kadar tol di 15 lebuh raya juga dijangkakan naik.
Pada September, Putrajaya memotong subsidi petrol RON 95 dan diesel yang menyaksikan kenaikan harga bahan bakar itu dan harga barang keperluan asas lain.
Pada Oktober semasa membentangkan Bajet 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan mengumumkan subsidi gula dihapuskan secara serta-merta.
Kumpulan aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk polis kerana menahan Azan malam tadi.
“Kini masih dalam rumah pasung. SAMM mempersoalkan apa keperluan tangkapan seperti ini? Boleh sahaja panggil elok - elok datang ke balai polis untuk ambil maklumat,” kata kumpulan aktivis itu dalam satu kenyataan hari ini. “SAMM mendesak pembebasan segera Azan Safar,” kata kenyataan itu.
Posted By Greenboc
'Guy Fawkes' hantar memo, bantah 'senjata permit'
Sebuah NGO hari ini menghantar memorandum bantahan terhadap penggantungan penerbitan The Heatkepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan alasan langkah itu antikebebasan media dan menimbulkan perasaan kurang senang rakyat dan pengamal media.
Memorandum JINGGGA 13 itu dihantar kepada ibu pejabat KDN di Putrajaya pagi ini. Mereka antaranya memakai topeng Guy Fawkes yang kini menjadi tred perlawanan di seluruh dunia, sebagai gimik.
Mereka juga menolak alasan penggantungannya itu dan tetap melihatnya sebagai “hukuman” terhadap mingguan itu ekoran penyiaran artikel berkaitan perbelanjaan besar perdana menteri dan isterinya.
“Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (APMC) sewajarnya bukan dijadikan 'senjata' untuk ditujukan kepada mana-mana penerbitan dan kelompok media sehingga dilihat oleh rakyat dan dunia sebagai akta yang mengekang kebebasan bersuara dan anti kebebasan media,” memorandum itu dipetik.
Selain menuntut tindakan itu dibatalkan dan memohon maaf kepada secara terbuka kepada pengamal media, NGO itu antara lain menuntut:
- KDN, melalui jawatankuasa bebas, menyiasat ke akar umbi semua insiden keganasan polis terhadap wartawan dan pengamal media sewaktu BERSIH 3.0 pada 2012.
- Menghapuskan peraturan yang mewajibkan permit penerbitan dan meminda APMC agar selari dengan hak-hak kebebasan media.
Selain GERAMM, beberapa pihak turut menyatakan perasaan tidak sedang mereka dengan tindakan KDN itu, termasuk Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), kumpulan NGO dan ahli politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KDN menafikan penggantungan itu berkaitan dengan artikel muka depannya berhubung perbelanjaan perdana menteri dan memaklumkan berlaku perlanggaran peruntukan permit percetakan.
No comments:
Post a Comment