Pages

Wednesday, 4 December 2013

Tolak MT Umno: Tiga Alasan Kazim...Tapi, punca sebenarnya? & Kekuasaan Allah Subhanallah...air berlumpur masuk masjid...

Khamis, 5 Disember 2013

Kekuasaan Allah .Subhanallah .Air Berlumpur masuk Masjid Jadi Jernih .

[MASJID AL-FATTAH]
Apa dah jadi? Mesjid ni byk ceramah agama Pelik ya, bukan ke banjir bawa air yang sangat kotor? Rasa hati brkata... 1. Allah nak tunjuk kbesarannya.... masjid ini yg byak hamba2 nya mlkukn ibadat untuknya.. tu yg air kotor brtukar jadi jernis apa bila air banjir lumpur masuk dlm masjid ini.... allahualambissawab.... ini yg trlintas dihati 2. Jarang kita tengok masjid/surau d "tembusi" air bah...peringatan dari Yg MahaEsa... 3. ini bukan musibah atau azab..Allah memberi peringatan kpd hamba yg disygiNya supaya ingat semula tujuan kita diciptakan.SUATU PERINGATAN UNTUK KT FIKIRKAN! 4. Air itu tentera allah- sbg peringatan pd pemimpin dan rakyat agar jgn blaku zalim ﻇَﻬَﺮَ ﺍﻟْﻔَﺴَﺎﺩُ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺒَﺮِّ ﻭَﺍﻟْﺒَﺤْﺮِ ﺑِﻤَﺎ ﻛَﺴَﺒَﺖْ ﺃَﻳْﺪِﻱ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﻟِﻴُﺬِﻳﻘَﻬُﻢْ ﺑَﻌْﺾَ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﻋَﻤِﻠُﻮﺍ ﻟَﻌَﻠَّﻬُﻢْ ﻳَﺮْﺟِﻌُﻮﻥَ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)

Tiga Alasan Kazim Tolak MT

IPOH - [kemaskini] Selepas pelbagai spekulasi dan tohmahan yang diterima pendakwah, Mohammad Kazim Elias terhadap perlantikan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini, beliau hari ini tampil memberikan penjelasan.

Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, beliau tetap dengan pendirian untuk menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.


Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah itu tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada perdana menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.

Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya sebagai anggota MT Umno dibuat selepas mendapatkan pandangan empat Mufti.

"Perdana menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli Umno dan memperkasakan agenda umat Islam dari peringkat sekolah rendah hingga menengah. 

"Saya nampak perdana menteri sangat terbuka dalam hal agama dan meminta saya merangka satu sistem pendidikan terbaik bagi membentuk generasi muda menjadi orang yang lebih baik," kata Mohammad Kazim, yang merupakan antara sembilan orang yang dilantik ke jawatan itu pada 29 Nov lepas.

Beliau bagaimanapun tetap kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman sosial dan blog yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan bisu, anak babi, gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MT.

"Saya belum lagi beri jawapan mereka dah maki hamun. Macam mana orang Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam boleh kata macam tu? Sepuluh tahun saya berkecil hati dengan mereka kerana membuat tohmahan buruk terhadap saya.

"Masa Kedah diperintah Pas saya digam walaupun bukan ahli Umno. Poster gambar saya dilukis dengan bertanduk seolah-olah syaitan. Kemuncaknya mereka kata saya anak babi menyebabkan saya ambil keputusan meninggalkan Pas," katanya. 

- Bernama


Punca sebenarnya : Kazim tidak diterima oleh ahli Umno sendiri


Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, kononnya beliau telah menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu :
 1) Komitmen luar sebagai penceramah.
 2) Mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah 
 3) Ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah. 

Kah! kah! kah! Alasan kamu 1 dan 2 itu aku tak berapa nak kisah sangat. Tapi alasan yang ke 3 itulah yang aku nak ulas lebih sikit …. 

Nama baik Umno kepala lutut kaulah Kazim! Duduk perkara sebenarnya bukanlah fitnah sebagaimana yang kamu dakwakan itu. Ianya adalah berkaitan dengan perlembagaan parti Umno. 

Ramai ahli-ahli Umno yang berjuang dalam parti itu berebut peluang untuk jadi MT Umno, tiba-tiba Kazim yang baru sahaja mengumumkan dirinya keluar dari PAS boleh dilantik dan diterima menjadi MT Umno? Banyak cantik lu punya muka Kazim? Lihat apa Kuda Kepang kata :


Ko kena tunggulah sebagai ahli biasa selama 3 tahun baru layak menjawat sebarang jawatan dalam Umno tau! Kah! kah! kah! 

 Tengku Adnan dan PM Najib tentu tidak sanggup berdepan dengan tindakan undang-undang yang bakal diambil oleh ahli Umno sendiri jika lantikan Kazim sebagai MT tetap mahu diteruskan kerana perhimpunan Agung Umno itu boleh jadi batal kerana antaranya adalah perlantikan Kazim sebagai ahli MT :



Itulah sebenarnya, Kazim terpaksa buat pengumuman dia tidak terima tawaran sebagai MT.Tetapi sebenarnya, ramai ahli-ahli Umno yang tidak mahu terima Kazim sebagai MT Umno. Kena ikut peraturanlah walau apa pun! 

Kata-kata sindiran nakal Zaharin Kuda Kepang itu : "Pembesar Umno buat Umno ini macam emak bapak dia punya!" patut juga diambil ingatan oleh para pemimpin PAS yang duk tinggi diatas singgahsana tu..... Biar aku tambah sedikit asam garamnya : Jangan buat PAS ini macam emak  bapak , anak dan menantu korang punya!



No comments:

Post a Comment