Pages

Sunday, 1 December 2013

TRAGIS ALOR SENIBONG: Remaja DIROGOL & DIBUNUH, dua adik ditemui mati di sungai.. Al-Fatihah!!!

Ahad, 1 Disember 2013

Polis: Kematian 3 beradik bukan tragedi biasa

ALOR SETAR – Misteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu, terjawab apabila kesemua mereka ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan. Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.
Manakala dua adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam 3 petang, hari ini dalam keadaan terapung dalam tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, dekat sini.
Dalam kejadian berkenaan, Noor Syafikah, anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, keluar rumah bersama dua adiknya di Jalan Datuk Kumbar, di sini, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.
Tiga beradik itu ke rumah seorang kawannya yang terletak di Kampung Gelam kira-kira 15 minit dari rumah mereka.
Bagaimanapun mereka tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam membuatkan pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 pagi, Sabtu.
Pencarian mereka membawa kepada penemuan motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.
Penemuan mayat Noor Syafikah terus menimbulkan keresahan keluarga kerana dua adiknya lagi masih gagal dikesan.
Bagaimanapun selepas kira-kira sejam selepas jenazah Noor Syafikah dikebumikan, hari ini, keluarga terbabit dikejutkan dengan penemuan mayat dua lagi anak mereka yang merungkai kehilangan tiga beradik itu.
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.
Menurut beliau, selepas penemuan mangsa pertama, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.
“Kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Manakala dua mayat yang baru ditemui akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mereka,” katanya ketika ditemui media di lokasi kedua penemuan mayat di Terusan Mada Kampung Padang Petani, hari ini.
Tambah beliau, polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenal pasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama atau sebaliknya.
“Kita akan minta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui dan akan meminta pihak hospital membuat bedah siasat secepat mungkin.
“Saya ingat ini bukan kejadian biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan,” katanya.
Ahmad berkata, pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit.
ALOR SETAR 1 Dis. - Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya dilapor hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel kira-kira pukul 3.45 petang.

Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, dibunuh selepas dipercayai dirogol dan ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya hilang. Jenazah Noor Syafikah Nadia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat. - Foto Bernama
Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, dibunuh selepas dipercayai dirogol dan ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam.

"Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor hilang.

Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan bantuan unit anjing pengesan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.


Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.


Mohd Nashir berkata setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira pukul 2 pagi.


Sementara itu laporan terkini menyebut, dua adik remaja yang dilaporkan hilang itu disahkan maut selepas mayat mereka ditemui di terusan Kg Padang Petani di sini petang ini. 


SEDAKASEJAHTERA.COM

No comments:

Post a Comment