Pages

Monday, 20 January 2014

2014 Maybank Malaysia Open.. Rosmah kena boo ketika penyampaian hadiah

Isnin, 20 Januari 2014
MAYBANK Malaysia Open 2014
Dates:1/14/2014 to 1/19/2014
Week:3
Category:Superseries Premier
City:Kuala Lumpur
Country:MAS
Prize money:USD 500,000
Published on Jan 19, 2014
Video asal dah 'set as private' diupload semula oleh AmenoWorld, dan diupload semula sebagai back-up oleh aku..

Najib & Rosmah Diboo, Sudah Sampai Masa Untuk Najib Berundur!

PETALING JAYA: Sudah sampai masanya bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur. 

Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail, rakyat kecewa dengan kenaikan harga barang yang melanda negara sejak akhir-akhir ini dan secara spontan mereka melahirkan rasa tidak puas hati kepada Perdana Menteri dan isteri di majlis penyampaian hadiah di pertandingan akhir badminton Malaysia Open malam tadi.

“Sekali tengok nampak mereka biadab apabila mereka menyorak (boo) Datin Seri Rosmah Mansor yang memberikan kalungan bunga kepada Datuk Lim Chong Wei, tetapi sebenarnya mereka kecewa dengan apa yang berlaku pada negara,” kata beliau kepada FMT mengulas isu Rosmah diboo dan Najib tidak diberi tepukan ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Katanya, jangan salahkan mereka tidak hormati pemimpin negara kerana mereka melihat pemimpin negara mewah berbelanja, suka membazir sedangkan rakyat disuruh berjimat cermat.

Syed Rosli menambah insiden yang tidak disangka-sangka itu membuktikan rakyat sudah muak dan menyampah dengan pemimpin negara yang gagal menangani masalah kenaikan kos sara hidup.

Sehubungan dengan itu beliau bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa jika isu ini gagal ditangani kerajaan, BN akan kalah pada PRU ke 14 nanti.

Dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan semalam, Mukhriz berkata jika kerajaan mengekalkan tindakan yang tidak popular ini, BN akan tewas pada PRU akan datang yang dijangka diadakan pada tahun 2018.

Syed Rosli berharap makmal yang akan diadakan untuk menangani masalah ini dapat dihidupkan segera dan dapat mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

“Rakyat tertekan dengan apa yang berlaku seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga gula, kenaikan harga barang serta ura-ura kenaikan harga tol yang mana mereka lihat kerajaan gagal menangani isu ini secara berkesan,” katanya lagi. -FMT /
Posted By Greenboc

No comments:

Post a Comment