Pages

Thursday, 30 January 2014

ADUN letak jawatan pun lapor polis? Macai...macai...

Khamis, 30 Januari 2014
Photo: Pemuda PAS tetap komited untuk membantu memenangkan calon PR... Mungkin kita tak bersetuju pada perletakan jawatan, tapi kita juga tidak setuju jika kerusi itu terlepas dari gengaman PR...

Suhaizan Kayat
Ketua Pemuda Pas Malaysia
Pemuda PAS tetap komited untuk membantu memenangkan calon PR... Mungkin kita tak bersetuju pada perletakan jawatan, tapi kita juga tidak setuju jika kerusi itu terlepas dari gengaman PR...
Suhaizan Kayat
Ketua Pemuda Pas Malaysia
 — with Rohani Ronnie.

Alahai Macai... ADUN letak jawatan pun lapor Polis?

Dua laporan polis dibuat oleh enam badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan hari ini bagi membantah peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh pada Isnin lepas dan menolak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu.

Enam NGO berkenaan ialah Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas), Permuafakatan Wangsa Malaysia (Pewangsa), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Majlis Belia Selangor, Cahaya Haluan Amanah Insan (Chai) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) manakala Syed Mohamad Noor Syed Abu Bakar mendakwa mewakili penduduk Kajang.

Kedua-dua laporan itu, yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada kira-kira 2 petang tadi, mendakwa peletakan jawatan Chin Cheh mempunyai unsur rasuah kerana memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding kerusi Dun Kajang itu.

Kira-kira 50 wakil NGO dan penduduk tempatan berkumpul di hadapan IPD Kajang sambil memegang kain rentang dan sepanduk yang menolak Anwar untuk menjadi calon PKR bagi pilihan raya kecil kawasan itu.

Wakil NGO, Zakaria Mohd Ali berkata, laporan itu dibuat kerana Batas dan NGO lain tidak mahu Adun PKR sewenang-wenangnya meletakkan jawatan kerana ia merugikan rakyat.

Pada 28 Januari lepas, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil Dun Kajang.

Chin Cheh memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam persaingan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. - Bernama

1 comment:

  1. DATUK YIP KUM FOOK (Peguam) kaya kerana menipu dan menipu wang Kuil(SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE) atau harta kuil..ini adalah karma yang sangat buruk dan dia akan menderita dan dia akan masuk neraka apabila dia mati, tiada siapa yang mengasihaninya.

    Kami sangat tahu, dia membeli sijil peguam dari institut undang-undang untuk bermain politik(MCA), sebelum menjadi peguam, dia berniaga seperti perabot di Taman Daya, Kepong..dan dia adalah pemandu lori untuk menghantar perabot.

    Kini beliau(dia) sangat terkenal di internet kerana ramai yang komen dan post, juga merungut segalanya...ini sangat memalukan dan jelik bagi masyarakat Buddha dan Cina di Malaysia.

    Kami harap, dia boleh benar-benar tahu dia silap dan kami harap boleh menutup pejabat peguamnya tidak lama lagi, kerana semua orang tahu tentang dia(anda)

    Oleh Uncle Chong, Taman Ehsan…Kepong

    ReplyDelete