Pages

Friday, 24 January 2014

BN Tumbang!...Apa lagi yang Mahathir & Daim risaukan... Lambat lagi PRU14...

Jumaat, 24 Januari 2014

DraMaMotiv

Dr M: BN tumbang jika gagal tangani harga barang
Tun Dr Mahathir Mohamed
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed ketika merasmikan Forum Kebangsaan bertajuk 'Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam' di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak menolak kemungkinan BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang sekiranya isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera.

Menurutnya, biarpun kerajaan kini giat menjalankan operasi pemantauan dan kawalan harga di seluruh negara, namun jika kerajaan gagal menangani kemarahan rakyat itu, peluang mempertahankan kerusi kerajaan dikhuatiri tipis.

"Ya boleh, tapi sekarang ini saya nampak ada sedikit kawalan harga yang dilakukan oleh pemerintah, ini adalah usaha yang baik tetapi pendapat Tun Daim itu memanglah mempunyai asasnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum yang bertajuk 'Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam' di Pusat Islam, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin pada Selasa lalu meramalkan BN akan tumbang sekiranya pilihan raya diadakan ketika kemarahan sedang memuncak berikutan isu kos sara hidup.

Kata Daim lagi, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam PRU14 akan datang.

"Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang.

"Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara," katanya.

Dalam pada itu, mengulas isu kalimah ALLAH, Mahathir menegaskan, kerajaan perlu mengembalikan keputusan asal hanya penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja yang diberi kebenaran menggunakan Bible dalam Bahasa Melayu.

"Ketika saya dalam kerajaan, penyelesaiannya ialah kitab Bible berbahasa Melayu itu hanya digunakan di Sabah dan Sarawak.

"Cuma kita tidak perlukannya di Semenanjung Malaysia," katanya lagi.

Photo: BN kalah jika PRU dibuat sekarang – Tun Daim [23 JAN 2014]

SUNGAI PETANI: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menyifatkan tindakan Datuk Seri Najib Razak yang terlalu mengikut telunjuk para penasihatnya dalam menentukan dasar negara akhirnya akan merugikan orang Melayu.

Berucap di Dewan Kismec pada majlis anjuran Umno Bahagian Merbok, dekat sini, Daim menganggap perbelanjaan besar dalam perkara yang bertujuan ‘mengambil hati’ masyarakat Cina adalah kerja sia-sia yang dilakukan oleh Perdana Menteri kerana orang Cina sama sekali tidak akan menyokong BN.

Daim turut mendakwa kononnya BN masih kuat sebagai pemerintah.

“Sepatutnya Melayulah yang perlu mendapat manfaat lebih di bawah pemerintahan BN,” ujarnya.

Mengenai kenaikan kos sara hidup yang membebankan rakyat, Daim mengakui bahawa kerajaan gagal untuk mengawalnya.

Beliau memetik beberapa punca berlakunya kenaikan, antaranya Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara, kenaikan gaji dan elaun kakitangan kerajaan serta pemborosan.

“Terlalu banyak wang dibelanjakan untuk perkara yang tidak patut dan tidak memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negara,” ujarnya.

Berhubung kenaikan harga tol, Daim berpendapat kerajaan sepatutnya mengkaji perjanjian lama dengan pemegang konsesi bukan menaikkan kadar tol dengan sewenang-wenangnya.

Daim juga meramalkan bahawa BN akan tewas sekiranya pilihan raya umum (PRU) diadakan ketika ini atau dalam keadaan rakyat gelisah dengan tekanan kos sara hidup yang meningkat.

Ia ditambah dengan sikap menteri yang tidak bijak membuat kenyataan dalam isu tersebut sehingga menambahkan kemarahan rakyat. - ZULKIFLI YAHAYA 

sumber [HD]

BN kalah jika PRU dibuat sekarang – Tun Daim [23 JAN 2014]

No comments:

Post a Comment