Pages

Thursday, 30 January 2014

Edisi lawak kangkung... Najib urus ekonomi dengan baik?

Khamis, 30 Januari 2013
Mohon jangan ada yang ketawa...
Photo: ‎Edisi lawak kangkung... Mohon jangan ada yg ketawa...

ṪןḰєlคtє‎

Edisi lawak kangkung... Mohon jangan ada yg ketawa...
ṪןḰєlคtє
 — with Pencinta Abadi and 2 others.
Photo: Haiyaaa... Lu olang talak tau ka, lagi manyak itu kaler merah, lagi manyak ong tau. Itu olang putih panggil lucky maaa...

Happy Chinese New Year!
Haiyaaa... Lu olang talak tau ka, lagi manyak itu kaler merah, lagi manyak ong tau. Itu olang putih panggil lucky maaa...

Happy Chinese New Year!
 — with Ikan Emas.

 Kos hidup bukan salah kerajaan, bahkan peniaga? 
Photo: [30 JAN 2014] Kos hidup bukan salah kerajaan, bahkan peniaga ? 

Serentak di seluruh negara lebih seminggu lalu kerajaan melancarkan OPS Harga 2.0 di pasar-pasar dan kedai-kedai.
      
Ramai yang didapati melanggar etika berniaga kerana tidak meletakkan tanda harga dan menjual dengan harga yang tinggi.
      
Ada yang diberi amaran dan ada juga dikatakan akan dakwa.

Operasi seperti ini elok tetapi patut sudah lama diadakan. Bukan sesudah semua orang kecoh dihimpit krisis harga yang melambung dan menjolok mata. Patutnya pemantauan itu dibuat berterusan, bukan dilakukan seperti menyerbu pusat GRO dan judi tak berlesen atau menyerbu kediaman PATI.
     
Adakan merinyu yang sentiasa memasuki pasar, restoren, kedai runcit dan gerai-gerai, mungkin tidak setiap hari masuk ke setiap premis perniagaan, tetapi seorang merinyu itu patut ada di kawasan-kawasan meninjau setiap hari di gerai yang berlainan. Tiga atau empat hari sekali masuk semula ke premis yang sama.
    
Mereka boleh masuk kedai menyamar sebagai pelanggan bertanyakan harga apa juga barang. Tidak perlu pakaian seragam. Mereka boleh mengenalkan sebagai penguat kuasa dengan menunjukkan kad kuasa seperti yang kita saksikan dibuat oleh penyiasat bebas atau agen CIA dalam filem-filem barat.
      
Dengan demikian tiadalah teh tarik naik setiap naik gula dan roti canai berubah harga apabila tepung naik. Peniaga pun akan berdisiplin mematuhi etika berjual beli.
     
Akan kali ini turun semua kaki tangan kementerian memeriksa harga. Setiap tempat yang mereka datangi, mereka jumpalah orang yang melanggar etika, menaikkan harga jualan masing-masing.
     
Orang-orang yang melanggar seterusnya kehendak kerajaan itu diberi  amaran dan diancam dengan tindakan keras. Tidak  diketahui untuk berapa lama pemantuan itu akan berjalan? Adakah ia terhenti apabila dirasakan tidak ada pelanggaran lagi? Apakah sekadar untuk menghadapi raya Tahun Baru Cina atau setakat redanya isu kenaikan kos sara hidup?
     
Setakat ini dirasakan seperti ada kesan. Peniaga pun menurut apa yang diarahkan.
     
Yang kita dapat lihat ialah peniaga bedebah inilah punca melambung kos sara hidup itu. Dirasakan  peniaga semua peringkat dari pengeluar, pengedar, peniaga borong, peruncit dan penjajalah yang menggunakan kesempatan dari kenaikan minyak, gula dan  tarif eletrik bagi mengenakan kos tinggi kepada pelanggaran masing-masing.
     
Mereka seperti pihak yanag mahu mengaut untung berlebihan dan sebanyak-banyak, tidak untung kurang dari biasa.
    
Sekarang pengguna cuba diyakinkan oleh kerajaan krisis kos hidup itu adalah gara-gara peniaga bedebah itu, bukanlah justeru kenaikan minyak, gula dan lain-lain. Dan bukanlah gara-gara kerajaan hendak menghapuskan sabsidi yang tidak tertanggung olehnya itu.
     
Sekaliannya tertumpu kepada Ops Harga 2.0 itu. Kurang tumpuan masing-masing tentang kenaikan minyak, gula dan tarif eletrik. Memang antara kita ramai orang tidak sedar sekali menderita gara-gara kenaikan oleh kerajaan tetap mengira tindakan kerajaan itu betul  dan  wajar. Kala tidak buat begitu kononnya kerajaan dan negara akan mampus. Orang macam ini samalah dengan hamba Bani Israil yang firaun tindas. Bunuh bayi laki-laki mereka pun betul juga Firaun.
     
Kita tahu apakah kos sara hidup itu akan normal dalam waktu yang terdekat justeru Ops 2.0 itu.
     
Dapatkah kerajaan menyerahkan semua angkara itu kepada peniaga? Seolah-olah puncanya bukan kerajaan. Jika angkara itu bulat-bulat diserahkan kepada peniaga, terlepaslah kerajaan dari menerima balanya. Dapatlah kerajaan mengekalkan tindakan menaikkan minyak, gula dan tarif eleterik itu. Bolehlah lepas ini ia menaikkan tol yang tertangguh itu.
     
Tuntutan pengguna sebenarnya bukan atas kenaikan barang saja tetapi mahu minyak,  gula dan tarif itu diturunkan. Ops itu adalah daya kerajaan baling batu sembunyai tangan. -  SUBKY LATIF 

sumber : [HD]

[30 JAN 2014] Kos hidup bukan salah kerajaan, bahkan peniaga ?

No comments:

Post a Comment