Pages

Friday, 24 January 2014

Gambar mangsa diserang sampai bajunya terkoyak di depan kira-kira 35 anggota polis...

Jumaat, 24 Januari 2014

7 DIPERCAYAI AHLI PERKASA DAN PEKIDA DITAHAN POLIS KERANA MENYERANG DAN MEMUKUL PEGAWAI PEJABAT DAERAH DAN TANAH BARAT DAYA GEORGETOWN SEMASA OPERASI MEROBOH PREMIS PENJAJA HARAM.









Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya dikasari semasa operasi meroboh premis penjaja di Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang di George Town semalam.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kesemua lelaki berumur antara 30 dan 36 tahun itu ditahan antara pukul 10.30 pagi dan 3 petang ini di sekitar Teluk Bahang.
   
"Kesemua lelaki itu bukan peniaga tetapi penduduk tempatan kawasan itu dan kami sedang mempertimbang keperluan mendapatkan perintah tahanan reman," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
  
Dalam kejadian jam 10.15 pagi semalam, seorang pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya cedera ringan di kepala dan leher dipercayai terkena tumbukan apabila lebih 80 penduduk dan pemilik gerai menghalang anggota penguatkuasa memasuki kawasan itu untuk merobohkan gerai-gerai penjaja di sepanjang kiri dan kanan bahu jalan berkenaan.
Posted by 

No comments:

Post a Comment