Sepanduk 'Jesus anak Allah' dikesan di PP
Kain rentang yang menunjukkan penggunaan kalimah Allah dalam konteks agama Kristian ditemui sekurang-kurangnya oleh dua gereja di Pulau Pinang hari ini.
Ia bertulis “Allah is Great, Jesus is the son of Allah” (Allah Maha Besar, Jesus anak Allah).
Penggantungannya dilihat berpotensi meningkatkan ketegangan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri itu.
Ketua Menteri Lim Guan Eng menulis di Twitter, pemimpin-pemimpin gereja menyatakan rasa sedih mereka dengan kewujudan kain rentang itu.
“Bercakap dengan ketua polis Pulau Pinang, rondaan akan ditingkatkan sekitar gereja. Kain rentang itu jelas berniat membangkitkan ketegangan antara umat Islam dan Kristian,” tulis Lim.
Beliau juga menyebut, gereja-gereja di negeri Pulau Mutiara itu kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menggantungkan sepanduk itu dan laporan polis sudah dibuat.
Ia setakat ini dikesan digantung dekat gereja Katolik St John Britto di George Town dan Church of the Nativity of the Blessed Virgin Mary di Butterworth.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment