Pages

Tuesday, 28 January 2014

Hadir esok! Solidariti! MAHASISWA DITUDUH PENGANJUR HIMPUNAN TURUN 31 DISEMBER 2013...

Selasa, 28 Januari 2014
Esok Mahkamah Jalan Duta
Photo: Hadir esok! Solidariti! share!

PMUM MENYERU RAKYAT UNTUK TURUN BERSAMA MAHASISWA SELEPAS DITUDUH PENGANJUR HIMPUNAN TURUN 31 DISEMBER 2013.

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya mengecam tindakan yang tidak wajar dan tidak berasas apabila sepasukan polis yang menaiki kenderaan biasa dengan jumlah 4 hingga 5 biji kereta dimana dinaiki oleh pegawai polis yang memakai pakaian biasa datang ke rumah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia iaitu saudara Bukhairy sekitar Petaling Jaya jam 7.45 malam, 27.1.2013 dan menyerahkan surat saman berkaitan dengan caj akta himpunan aman 2012.

Saya sendiri sempat mengambil gambar kejadian tersebut namun telah didesak oleh sepasukan polis tersebut untuk memadam gambar-gambar tersebut dengan keadaan menengking dengan nada yang kuat.
Dakwaan terhadap saudara Bukhairy ini menunjukkan mesej bahawa kerajaan Malaysia hari ini cuba menakut-nakutkan rakyat dan mahu mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.

Apa yang berlaku berkenaan himpunan Turun 31 Disember lepas adalah gerakkan daripada rakyat sendiri atas kenaikkan kos sara hidup yang naik secara mendadak tanpa mempertimbangkan golongan-golangan bawahan terutamanya yang bekerja sebagai nelayan, buruh, petani dan mahasiswa sendiri. Dengan kenaikkan harga minyak yang secara tidak langsung menyebabkan barang runcit juga turut naik.

Jika dahulu sewaktu era 70 an 4 orang mahasiswa dari UKM telah dihadapkan ke mahkamah atas sebab mereka terlibat dengan pilihanraya kecil. Tetapi kini mahasiswa diancam dengan dihadapkan di mahkamah selepas terlibat dengan himpunan-himpunan yang membela nasib rakyat. Itu tidak mengapa, tetapi anggaran jumlah untuk diikat jamin di mahkamah mencecah hampir RM 5000.00 ke atas. Sudahlah mahasiswa yang belum bekerja, dikerah duitnya untuk membayar kepada Kerajaan.

Tindakan kerajaan kini sudah lebih pandai, dengan memastikan bahawa mahasiswa yang menentang tindakan kerajaan akan dikenakan bayaran wang yang tinggi, jika dahulu diugut untuk dibuang Universiti, tetapi ugutan itu dianggap sampah sahaja, tetapi dengan kaedah yang baru dengan mengenakan bayaran tinggi untuk diikat jamin sudah pasti menyebabkan mahasiswa akan luntur. Tetapi bagi kami PMUM, berikanlah 1001 hukuman yang berat sekalipun, mahasiswa pantang undur, yang benar kami sokong yang salah kami tegur dan perjuangkan.

Saudara Bukhairy akan dibicarakan di bawah pertuduhan “ Bahawa kamu bersama-sama pada 31.12.2013 antara 9 malam hingga 1.1.2014 jam 1 pagi di Dataran Merdeka, Jalan Raja, di dalam daerah Dang Wangi, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mencapai niat bersama kamu semua telah menganjurkan satu perhimpunan dan sebagai penganjur, kamu telah gagal mengemukakan pemberitahuan kepada pegawai yang menjaga Daerah Polis iaitu Ketua Polis Daerah Dang Wangi, sepuluh ( 10 ) hari sebelum perhimpunan tersebut dijalankan. Oleh yang demikian, kamu telah melanggar kehendak Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 9 (5) akta yang sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun kesiksaan.

Saudara Bukhairy akan dihadapkan di Mahkamah Jalan Duta pada jam 9 pagi esok. Dan ini bukanlah tuduhan yang pertama buat saudara Bukhairy tetapi tuduhan yang kedua selepas tuduhan di himpunan Padang Merbok yang akan dibicarakan pada 7.2.2014 ini.

Oleh itu, PMUM menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk turun ke Mahkamah Jalan Duta pada esok 29.1.2014, jam 9 pagi tanda sokongan kepada Saudara Bukhairy. Kita turun untuk tunjukkan sodaliriti rakyat terhadap tuduhan yang dikenakan kepada mahasiswa tahun akhir Universiti Malaya ini yang merupakan Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia dan merangkap Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

PMUM memberi amaran dan mengecam buat mana-mana parti politik sama ada dari UMNO.PKR,PAS,DAP dan lain-lain yang cuba atau menpunyai hasrat untuk menjuarai isu-isu sebegini. Jika ingin memberikan pertolongan, silakan, tetapi jangan pernah sesekali untuk politik isu ini. Mahasiswa tidak bodoh.

Fahmi Zainol
Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya —

No comments:

Post a Comment