Rabu, 8 Januari 2014
Pembukaaan Hard Rock Cafe Melaka
Sultan Selangor selaku ketua agama Islam bagi negeri Selangor sedang merasmikan pembukaaan Hard Rock Cafe Melaka
* dia ketua agama Islam selangor je bukan melaka huhu
Buletin Pakatan Rakyat
Hard Rock Cafe Las Vegas
H.R.C berciri ISLAM???Persembahan Nasyid?Kegilaan Apakah Ini? — bersama Zainora Ismail dan 5 yang lain.
Cap Ayam: Menteri OK dengan Hard Rock, tapi 'versi nasyid'...kat luar putrajaya boleh langgar syariat ler..!!!
Orang Kampung Dengar Sini Hard Rock Cafe Berkonsepkan Islam BN Nak Buka Kat Putrajaya
Harap lepas ni bila gi Putrajaya then lepak kat Hard Rock kita boleh jumpa ulamak, ustaz dan ilmuan agama tengah lepak berbincang pasal agama kat situ. Pelayan lak semua pakai menutup aurat. Life band semua geng nasyid memuji kebesarannya. Ceramah agama sering di putarkan. Time masuk waktu solat siap ada azan kat hard rock dan surau.
Cadangan yg baik tak dapat di bayangkan mcmana haha, ataupun mmg sengaja dia buat lawak maharajalawak ?
HARDROCK CAFE BERKONSEPKAN ISLAM: Selain menghidangkan makanan & minuman yg halalan toyiban. Semua pengunjung,pelayan & pekerja diwajibkan menutup aurat dgn sempurna. Hanya hiburan berbentuk Islamic saja dibenarkan spt nasyid, qasidah, zikir & bacaan ayat2 Al-Quran Dipisahkan ruangan antara lelaki & perempuan yg bukan muhrim. Waktu solat adakan solat berjemaah. Hehehe
Kalau Islamik, Tak Payahlah Hard Rock Cafe - Aishah
KUALA LUMPUR:Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Rekreasi Dewan Muslimat PAS Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin tidak dapat membayangkan bagaimana kerajaan BN akan meluluskan pembukaan cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya tanpa penjualan minuman keras dan menampilkan hiburan Islamik.
Ini kerana katanya, Hard Rock Cafe dikenali sebagai sebuah restoren tempat berhibur tanpa batasan dengan hidangan minuman keras serta pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Menurut beliau, suasana dalam Hard Rock Cafe itu biasanya gelap dan ada sudut yang menyediakan minuman keras serta muzik rancak.
Jika kerajaan BN bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan muzik berteraskan Islam tidak payah menggunakan nama Hard Rock Cafe, tegasnya.
"Cawangan Hard Rock di Putrajaya, saya tidak nampak siapa lagi selain umat Islam yang menjadi pelanggan sasarannya.
"Adakah orang asing akan mengunjungi Hard Rock Cafe jika ia berlandaskan Islam?" tegas beliau.
Beliau berkata, Hard Rock di Kuala Lumpur biasanya sampai pagi dan mereka yang mengunjungi tempat itu untuk berhibur minum arak serta pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Jika kerajaan BN boleh menyediakan garis panduan selari dengan sistem pentadbiran Islam, katanya apakah cawangan Hard Rock Cafe itu dibenarkan tidak menjual minuman keras.
Bekas penyanyi `Janji Manis Mu' itu berkata, jika kerajaan BN mahu memperjuangkan hiburan Islamik kenapa ia mesti bermula dengan Hard Rock Cafe kerana biasanya tempat tersebut dikunjungi orang asing. Manakala orang Melayu yang berkunjung ke Hard Rock semata-mata mahu berhibur dan minum arak, tegasnya.
Beliau berkata, jika kerajaan meletakkan syarat tidak ada penjualan arak bagaimana dengan penonton apakah kerajaan juga menggunakan peraturan tempat penonton perempuan berbeza dengan lelaki.
"Saya percaya syarat untuk membuka cawangan Hard Rock Cafe tidak mudah dan tidak boleh ditukar sesuka hati. Saya tahu apa yang berlaku di situ," katanya.
Beliau menegaskan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercakap tentang pelaksanaan tetapi beliau tidak fikir bagaimana hendak melaksanakan Hard Rock berlandaskan Islam.
"Saya harap jika kerajaan BN mahu melakukan satu permulaan yang baik biarlah rancang betul-betul. Letak siapa golongan sasaran kerana kita tidak mahu timbul isu pergaulan walaupun tiada hidangan arak," tegasnya. (HD)
No comments:
Post a Comment